Utusan Borneo (Sabah)

Tiga individu dikehendak­i SPRM bantu siasatan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Tiga individu dikehendak­i Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan dua kes berasingan mengikut Akta SPRM (ASPRM) 2009.

SPRM dalam satu kenyataan menyatakan salah satu kes terbabit termasukla­h berkaitan siasatan kes kerja-kerja naik taraf sebuah sekolah.

“Bagi kes pertama, kita mengesan penama yang dikenal pasti sebagai Simon Gacou Fabian, 51, pemegang kad pengenalan 700904-12-5015 dan alamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, 87000 Labuan.

“Individu kedua yang turut dikehendak­i ialah Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, pemegang kad pengenalan 85101612-5605 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Purak, 89600 Papar, Sabah,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki yang dikehendak­i ini diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat Penguasa Jennifer Christophe­r di talian 016-203 8172 atau 088-488381.

“Mereka yang mempunyai maklumat individu ini juga boleh menghantar e-mel ke alamat jennifer@sprm. gov.my,” katanya sambil menambah kedua-dua individu ini terlibat dalam siasatan berkaitan kes mengikut ASPRM 2009.

TAWAU: Penduduk di daerah ini yang dikenakan kompaun RM10,000 akibat kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 diminta untuk mendapatka­n khidmat guaman secara percuma daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong Justin Wong berkata, DAP Sabah menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada penduduk di negeri ini yang dikenakan kompaun berkenaan terutamany­a golongan B40.

“Seperti yang kita ketahui, kerajaan telah mewartakan kenaikan kompaun ingkar SOP COVID-19 daripada RM1,000 kepada RM10,000 susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Saya merupakan salah seorang yang bertanggun­gjawab dalam perkhidmat­an guaman itu demi membela mereka khususnya penduduk di sini dalam menangani masalah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, perkhidmat­an Biro Bantuan Guaman DAP secara rasminya dilancarka­n ke seluruh negara untuk membantu orang ramai yang dikenakan kompaun terbabit.

Justin berkata, ramai pihak yang mengadu kerana risau dengan kompaun yang terlalui tinggi terutamany­a ketika kemerosota­n ekonomi pada waktu ini.

“Sekiranya dikenakan kompaun atas kesalahan yang tidak disengajak­an, jumlah itu adalah beban yang sangat berat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan kerajaan dalam mewartakan pindaan dan menaikkan jumlah kompaun terhadap rakyat adalah tidak sesuai dengan prosedur demokrasi biasa.

“Secara umumnya tindakan kerajaan sekarang dalam membuat pindaan warta itu tanpa melalui perbahasan di parlimen adalah tidak patut.

“Kerajaan diharap dapat membuka sidang parlimen dan menamatkan segera darurat supaya ahli parlimen dapat menyampaik­an suara rakyat,” katanya.

Justin turut menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada semua peguam sukarela di Sabah kerana memberikan bantuan khidmat guaman secara percuma ketika rakyat amat memerlukan.

“Bagi sesiapa yang telah menerima kompaun dan memerlukan bantuan khidmat guaman diminta menghubung­i talian khas 017-2552063 dan e-mel dap.biroundang@ gamil.com,” katanya.

 ??  ?? SIMON
SIMON
 ??  ?? MOHD ARIF FUAD
MOHD ARIF FUAD
 ??  ?? MOHD NAZIM
MOHD NAZIM
 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia