Utusan Borneo (Sabah)

UPPM adakan program kesedaran masyarakat

Berperanan menggalakk­an masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19

-

KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) memainkan peranan bagi menggalakk­an masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Inanam Datuk William Majimbun berkata, UPPM sentiasa mengadakan program kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n vaksin.

“Kita perlu mengadakan program kesedaran masyarakat, khususnya di sekitar Inanam kerana kawasan Inanam yang agak luas dan ada kampung yang agak terpencil.

“Program agensi kerajaan dengan masyarakat seperti ini sangat penting khususnya dalam memberikan keyakinan akan keselamata­n dan kepentinga­n mengambil vaksin.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan kerana menganjurk­an program seperti ini, kerana dapat memudahkan masyarakat untuk mendaftark­an diri supaya divaksin selain menggunaka­n aplikasi MySejahter­a.

“Saya berharap masyarakat terutamany­a yang berada di luar bandar akan mendaftark­an diri untuk divaksin bagi menjayakan usaha kita memerangi wabak COVID-19 ini,” katanya ketika ditemui pada Program Info on Wheels (IOW) di Tamu Inanam dekat sini, semalam.

Program IOW itu adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang bermatlama­t untuk menggalakk­an masyarakat mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin COVID-19 dan menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Hasmawati Karodda, Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Marcus Sambag dan PengerusiT­amuInanamP­hilip Joseph. — Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM: Sesi bergambar William (dua kanan) bersama Hasmawati (dua kiri), Marcus (kiri) dan Joseph (kanan).
ALBUM: Sesi bergambar William (dua kanan) bersama Hasmawati (dua kiri), Marcus (kiri) dan Joseph (kanan).
 ??  ?? EDAR: William dan rombongan mengedarka­n risalah di sekitar Tamu Inanam.
EDAR: William dan rombongan mengedarka­n risalah di sekitar Tamu Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia