Utusan Borneo (Sabah)

80 murid cemerlang terima anugerah motivasi REPSOL

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seramai 80 murid dari empat daerah di negeri ini yang cemerlang dalam peperiksaa­n akhir tahun lepas menerima anugerah motivasi daripada Repsol Oil & Gas Malaysia Limited (REPSOL).

Pengurus Kanan Perhubunga­n Pemegang Taruh REPSOL Ahmad Fakhrurraz­i Arshad berkata, kesemua penerima anugerah adalah dalam kalangan anak komuniti nelayan dari daerah Papar, Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang yang membabitka­n seramai 40 murid Tahun 6 dan 40 lagi pelajar Tingkatan 3.

Menurutnya, murid Tahun 6 yang terpilih menerima wang tunai berjumlah RM250 bersama dengan beg sekolah, alat tulis serta sijil manakala, penerima Tingkatan 3 mendapat wang tunai RM300 bersama peralatan sekolah yang sama.

Katanya, jumlah keseluruha­n yang disediakan REPSOL untuk anugerah wang tunai berkenaan adalah sebanyak RM22,000.

“Kami berharap bantuan wang tunai secara ‘oneoff’ ini dapat memberi keceriaan di samping sangat berguna terutama dalam keadaan pendapatan tidak menentu bagi ibu bapa para penerima.

“Kebanyakan komuniti nelayan berpendapa­tan rendah dan penyampaia­n anugerah motivasi REPSOL ini turut bertujuan agar anak-anak muda menghargai detik-detik ini sebagai landasan untuk bangkit dan berusaha penuh semangat dalam pelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Anugerah Motivasi REPSOL yang dijalankan secara maya di sini semalam. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr. Mistirine Radin.

Menurutnya, insentif berkenaan juga akan membantu dan menjadi suntikan semangat kepada murid-murid yang terpilih untuk terus berusaha mengekalka­n kecemerlan­gan dalam pelajaran.

Pada masa sama katanya, kejayaan anak-anak melanjutka­n pelajaran hingga ke menara gading akan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru, dan sekolah.

Sementara itu, Mistirine berkata, usaha yang dilaksanak­an pihak REPSOL membuktika­n syarikat berkenaan sebagai ‘fleetfoote­d’ yang tidak menjadikan kekangan dan cabaran norma baharu sebagai penghalang untuk meneruskan programpro­gram kemasyarak­atan.

Sehubungan itu, beliau amat berharap dengan adanya bantuan itu, para penerima anugerah akan mengambil iktibar daripada nilai-nilai yang ditunjukka­n syarikat REPSOL untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa mengalualu­kan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat seperti yang dilakukan oleh REPSOL hari ini untuk bersama-sama menyumbang dalam pembinaan modal insan generasi muda kita.

“Anugerah motivasi ini adalah initiatif kedua REPSOL dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah setiap tahun selain Kempen Keselamata­n Murid-Murid Tahap 2 yang dianjurkan sejak 2013 di beberapa daerah di Sabah,” jelasnya.

Pihaknya turut menghargai usaha murni REPSOL selama ini dan berharap Anugerah Motivasi REPSOL akan terus menjadi program tahunan dalam kalendar pelaburan sosial syarikat berkenaan.

Turut hadir, Penasihat Perhubunga­n Kerajaan dan Masyarakat REPSOL bagi Sabah dan Labuan Datuk Eddie Abdullah.

 ??  ?? ANUGERAH: Mistirine (tiga kiri) dan Eddie (empat kanan) merakamkan kenangan bersama wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort, Papar, Kuala Penyu, dan Sipitang.
ANUGERAH: Mistirine (tiga kiri) dan Eddie (empat kanan) merakamkan kenangan bersama wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort, Papar, Kuala Penyu, dan Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia