Utusan Borneo (Sabah)

Sky Bike tarikan baharu pengunjung di Ranau

-

Selain kejinakan lebih 300 ekor pelbagai spesies arnab di Ranau Rabbit Farm (RRF) Kg. Kigiok terletak kira-kira 6 kilometer dari pekan di sini, kini satu lagi yang menarik berhampira­n RRF iaitu, ‘Sky Bike’ (basikal di udara) pasti memenuhi cita rasa setiap pengunjung yang berminat dengan bayaran tunai mampu milik setiap penunggang basikal berkenaan.

Bagaimanap­un, kemudahan itu belum dibuka kepada orang ramai (pengunjung) sebelum pandemik COVID19 berakhir.

Pemiliknya Wong Ko Siong ketika ditemui mempelawa orang ramai (pelancong) pada masa akan datang dan yang berminat supaya mencuba ‘Sky Bike’ menerusi laluan sejauh 200 meter (pergi balik) dengan ketinggian lebih 30 meter dari aras tanah.

“Kepada yang berminat nanti, boleh menunggang basikal ini menerusi laluan yang ditetapkan dan sudah mendapat pemeriksaa­n dari segi keselamata­n oleh pihak Bomba dan Penyelamat Ranau,” katanya ketika ditemui bersama dua anggota Bomba dan Penyelamat Ranau diketuai Pegawai Bomba Kanan II Masdin Suli untuk membuat pemeriksaa­n keselamata­n Sky Bike berkenaan.

Wong mengharap kepada yang berminat supaya datang untuk mencuba kebolehan menunggang basikal yang disediakan­nya itu selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Jelasnya, pengunjung yang berminat dan berani tidak perlu risau dengan keselamata­n kerana semua peralatan seperti basikal, topi, kabel laluan dan sebagainya adalah peralatan bertaraf antarabang­sa.

“Kita mengharapk­an Sky Bike yang baru siap dipasang sejak awal tahun ini, menjadi satu lagi lokasi menarik para pelancong ke Ranau selain, Taman Kinabalu, Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Masilou Kundasang, Tagal Ikan Kg.Luanti Baru, Sabah Teh Nalapak, Taman Kelulut Kinapulida­n,BombonMara­kau dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya, semua lokasi itu boleh dikunjungi apabila pandemik COVID-19 berakhir.

Bagamanapu­n katanya, Ranau Rabbit Farm (RRF) sudah mula dibuka kepada pengunjung bermula 23 Mac 2021.

Beliau mengingatk­an kepada setiap pengunjung ke

RRF, supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Kita masih lagi tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) jadi SOP ketat harus dipatuhi,” katanya.

 ??  ?? TERUJA: Dua penunggang Sky Bike teruja mencuba aktiviti berkenaan.
TERUJA: Dua penunggang Sky Bike teruja mencuba aktiviti berkenaan.
 ??  ?? SERONOK: Dua lagi pengunjung tidak gayat menunggang basikal Sky Bike berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu.
SERONOK: Dua lagi pengunjung tidak gayat menunggang basikal Sky Bike berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu.
 ??  ?? CUBA: Salah seorang anggota bomba mengikuti Sky Bike bersama seorang lagi pengunjung.
CUBA: Salah seorang anggota bomba mengikuti Sky Bike bersama seorang lagi pengunjung.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Wong (kanan), Mastin (dua kanan), Tan Eng (empat kiri) bersama yang lain.
RAKAM KENANGAN: Wong (kanan), Mastin (dua kanan), Tan Eng (empat kiri) bersama yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia