Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan jalan hubungkan Kalabakan dan Kalimantan mampu lonjak ekonomi Sabah

- Oleh Abd Naddin Shaiddin

KOTA KINABALU: Pembinaan jalan menghubung­kan Serudong di Kalabakan dan Simanggari­s Kalimantan diyakini mampu melonjakka­n potensi ekonomi di daerah Kalabakan dan Tawau khasnya serta memberi impak besar kepada pertumbuha­n ekonomi di negeri Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan Persekutua­n kerana meluluskan peruntukan untuk pembinaan jalan menghubung­kan Kalabakan dan Kalimantan yang pasti memberi impak positif kepada ekonomi di negeri ini.

“Usaha ini amat kita alualukan kerana dengan adanya jalan ini dapat melonjakka­n ekonomi dan membuka banyak peluang kepada masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan Persekutua­n meluluskan sejumlah RM600 juta bagi pembinaan jalan menghubung­kan Serudong di Kalabakan Tawau dan Simanggari­s Kalimantan Indonesia.

Ia termasuk pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQS) di pintu masuk Serudong/Simanggari­s.

“Kita amat mengalu-alukan kelulusan pembinaan jalan dan CIQ itu kerana mampu membuka lembaran baharu untuk kemajuan di kawasan Kalabakan dan Tawau,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata bahawa beliau dimaklumka­n sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam perbincang­an melalui persidanga­n video pada awal bulan ini.

“Saya yakin dengan adanya projek ini, selain dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, ia juga dapat merancakka­n lagi ekonomi setempat,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, sesuai dengan status daerah Kalabakan sebagai sebuah daerah penuh, semestinya projek ini menjadi salah satu usaha yang akan menjadikan Kalabakan sebagai sebuah daerah tumpuan pelancong samada dari dalam dan luar negara, terutama pelancong daripada negara jiran.

“Sebagaiman­a yang kita sedia maklum, ibu negara Indonesia akan berpindah ke Kalimantan, yang mana kawasan ini begitu hampir dengan Kalabakan,” katanya.

Katanya, pusat CIQ yang akan dibangunka­n di Simanggari­s adalah pintu masuk ke Malaysia, menempatka­n beberapa agensi penguatkua­saan untuk mengawal sempadan.

“Dengan adanya pusat CIQ ini kita berharap ada penambahan anggota-anggota bagi setiap agensi,” katanya.

 ??  ?? LEGA: Penyelam lega dapat melakukan aktiviti menyelam.
LEGA: Penyelam lega dapat melakukan aktiviti menyelam.
 ??  ?? HASSAN
HASSAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia