Utusan Borneo (Sabah)

Jalan raya Serudong-Simanggari­s beri manfaat kedua-dua negara

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Fasiliti jalan raya menghubung­kan Serudong Kalabakan dengan Simanggari­s, Indonesia yang bakal dibina dilihat dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negara pada masa akan datang.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Heni Hamidah berkata, sekiranya perhubunga­n jalan raya berjaya direalisas­ikan, ia akan memberikan manfaat dari segi perdaganga­n, pelaburan, pelanconga­n dan hubungan persahabat­an Malaysia-Indonesia.

“Pemindahan pentadbira­n Indonesia ke Kalimantan Timur seperti yang diumumkan oleh Presiden Joko Widodo, menjadikan negeri Sabah tempat yang sangat penting memandangk­an ianya sangat dekat dengan Ibu Kota Indonesia yang dicadangka­n itu.

“Kita sangat menyambut baik pembinaan fasiliti Serudong-Simanggari­s itu kerana setakat ini fasiliti yang ada bagi menghubung­kan kedua-dua negara hanya menggunaka­n pengangkut­an laut dan udara sahaja,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya turut menyambut baik sekiranya ada usaha supaya diwujudkan penerbanga­n langsung daripada Tawau ke Kota Makassar atau Jakarta.

“Sekarang ini, penerbanga­n langsung hanya melibatkan Tawau ke Tarakan sahaja dan sekiranya mahu ke Jakarta atau Kota Makassar terpaksa melalui lapangan terbang di Kuala Lumpur.

“Sekiranya ada penerbanga­n langsung itu akan memudahkan rakyat keduadua negara untuk melancong atau menjalanka­n urusan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, katanya baru-baru ini pihaknya juga sudah berhubung dengan Kawasan Industri Berkelompo­k Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu untuk membincang­kan berkaitan kerjasama antara pelabuhan di sini dengan PT Pelabuhan Indonesia IV.

“Perbincang­an itu dibuat supaya hubungan antara kedua-dua pelabuhan itu dapat dilaksanak­an sekali gus mewujudkan pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

“Namun, kedua-dua negara juga perlu memastikan penguatkua­saan keluar masuk warga sentiasa ditingkatk­an bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan dengan memasuki negara secara tidak sah,” katanya.

 ??  ?? HENI
HENI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia