Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diminta tangani masalah air di Beaufort

- Oleh Abd Naddin Shaiddin

BEAUFORT: Kerajaan diminta mengambil langkah segera untuk menangani masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku di daerah Beaufort

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Datuk Haji Alidad Fazal Elahi berkata, bekalan air di daerah ini sering terputus dan antara alasan yang diberikan ialah kerosakan pada pam air terawat atau loji rawatan air terpaksa ditutup kerana paras air sungai yang rendah.

Menurutnya, gangguan bekalan air berlaku sejak

Sabtu lepas menyebabka­n kehidupan rakyat terjejas.

Alidad berkata, rakyat sangat kecewa dengan masalah bekalan air yang hingga kini belum dapat diselesaik­an.

“Peruntukan beratus juta diberikan kepada pihak berkenaan tetapi pam yang dibeli semua yang tidak ada kualiti. Selang beberapa bulan rosak dan kehidupan rakyat terjejas,” katanya yang juga seorang ahli perniagaan.

Tambahnya, satu lagi alasan yang diberikan ialah gangguan bekalan air terganggu kerana paras air sungai yang rendah.

“Ini agak menghairan­kan kerana walaupun kita mempunyai Sungai Padas tetapi Beaufort sering menghadapi masalah air.

“Kita ketiadaan bekalan air sehingga terpaksa bergantung kepada air hujan.

“Tapi kita tahu bahawa bekalan air di Labuan diperolehi daripada Sungai Padas. Sementara itu, kita yang tinggal berhampira­n Sungai Padas menghadapi masalah bekalan air,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masalah bekalan air yang sering berlaku di Beaufort dan sekitarnya dapat diatasi segera demi kesejahter­aan dan kebajikan rakyat.

 ??  ?? ALIDAD
ALIDAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia