Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masjid perlu sentiasa pelihara amanah

-

LAHAD DATU: Setiap pemimpin dinasihatk­an agar sentiasa memelihara amanah dan tanggungja­wab yang diberikan kepada mereka, kata Imam Kariah Ustaz Haji Mohd Yunus Abu ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan Masjid Darul Aman, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin yang dipilih memegang sesuatu jawatan seperti jawatankua­sa masjid hendaklah bersedia mendengar pelbagai aduan dan masalah untuk kemudian diselesaik­an secara bijaksana dan berhemah.

Selain itu, AJK Masjid juga diharapkan dapat mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n dan sentiasa mengambil iktibar daripada sirah nabi dan dan sejarah seperti peristiwa Perang Uhud dan sebagainya.

Menurutnya, dalam peristiwa Perang Uhud, tentera

Islam yang hampir menang terpedaya dan terpesona dengan habuan dunia sehingga mereka turun meninggalk­an pos penjagaan sehingga mereka kalah dalam peperangan itu.

Beliau juga berharap agar ahli jawatankua­sa yang dipilih sentiasa menjaga niat mereka untuk mengimarah­kan masjid dan jangan terpesong dari matlamat asal.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Nurul Aman Kipleh Abdillah, dalam ucapan alualuanny­a merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­nnya kepada Ustaz Haji Mohd Yunus yang sudi hadir merasmikan Mesyuarat

Agung Pemilihan Masjid Nurul Aman kali kedua sesi 2021/23 mewakili Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu Haji Mohd Jeffery Haji Hamad, yang tidak dapat hadir.

Kipleh dalam ucapannya menyatakan penghargaa­nnya kepada pihak JHEAINS dan Mufti Sabah kerana meluluskan dan mengiktira­fkan Masjid Nurul Aman sebagai sebuah masjid bertauliah.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua barisan ahli jawatankua­sa 2018/20 atas kerjasama selama beliau menerajui kepimpinan Masjid Nurul Aman.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Kipleh menyampaik­an cenderahat­i kepada Ustaz Mohd Yunus sebagai tanda kenangan.
PENGHARGAA­N: Kipleh menyampaik­an cenderahat­i kepada Ustaz Mohd Yunus sebagai tanda kenangan.
 ??  ?? BERI PANDANGAN: Salah seorang muslimah yang hadir memberikan pandangan.
BERI PANDANGAN: Salah seorang muslimah yang hadir memberikan pandangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia