Utusan Borneo (Sabah)

50 peserta jayakan Kayuhan Amal Bersama Pemimpin 2021

-

Seramai 70 peserta menjayakan Program Kayuhan Amal Bersama Pemimpin 2021 yang diadakan pada Ahad.

Ia merupakan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dengan kerjasama Youth Power Club (YPC) turut melibatkan pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan bermula dari Kompleks Sukan Labuan menuju ke Balai Raya Kampung Lubok Temiang.

Kayuhan dibahagika­n kepada dua kumpulan yang mana kumpulan pertama diketuai oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien, singgah ke kediaman Noni Othman di Kampung Sungai Bangat bagi melakukan kerja-kerja amal.

Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Ahli Dewan

Negara Senator Datuk Bashir Alias mengunjung­i kediaman Aminullah Salleh di

Kampung Lajau seterusnya melakukan kerja-kerja pembersiha­n di kawasan rumah dan mengecat rumah penerima bantuan.

Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan turut menyerahka­n bantuan MyBeras untuk komuniti Kampung Lubok Temiang di Balai Raya Kampung Lubok Temiang.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu turut disertai Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan Haji Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Mahanum Fauzi, Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Hafiez Daud dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Dzulfaizal Ab. Manan.

Bashir yakin menerusi program itu, pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan dapat menyantuni penduduk kampung sekaligus mengeratka­n lagi hubungan antara mereka.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program murni ini sambil memberi peluang rakyat mengenali pemimpin dan ketua-ketua jabatan.

“Kita akan terus membantu rakyat yang memerlukan sekaligus menjalinka­n hubungan yang baik dengan penduduk kampung di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Sementara itu, Amir turut mengalu-alukan program yang sentiasa mendekati rakyat sambil beramah mesra dengan penduduk kampung yang memerlukan bantuan.

“Perbadanan Labuan amat mengalu-alukan program murni seperti itu yang memberikan ruang dan peluang pemimpin mendekati rakyat di peringkat akar umbi

“Ia turut melahirkan rakyat termasuk pemimpin yang sihat dan cergas,” katanya.

 ??  ?? PEMBERSIHA­N: Sebahagian peserta yang melakukan kerja-kerja pembersiha­n di kawasan rumah Aminullah Salleh di Kampung Lajau.
PEMBERSIHA­N: Sebahagian peserta yang melakukan kerja-kerja pembersiha­n di kawasan rumah Aminullah Salleh di Kampung Lajau.
 ??  ?? KERJA AMAL: Amir (tiga kiri) singgah ke kediaman Noni Othman di Kampung Sungai Bangat bagi melakukan kerja-kerja amal.
KERJA AMAL: Amir (tiga kiri) singgah ke kediaman Noni Othman di Kampung Sungai Bangat bagi melakukan kerja-kerja amal.
 ??  ?? SERAH BANTUAN: Bashir (tiga kanan) menyerahka­n bantuan MyBeras untuk komuniti Kampung Lubok Temiang di Balai Raya Kampung Lubok Temiang sambil diperhatik­an Amir (depan, tiga kiri) dan Haji Rithuan (depan, dua kiri).
SERAH BANTUAN: Bashir (tiga kanan) menyerahka­n bantuan MyBeras untuk komuniti Kampung Lubok Temiang di Balai Raya Kampung Lubok Temiang sambil diperhatik­an Amir (depan, tiga kiri) dan Haji Rithuan (depan, dua kiri).
 ??  ?? MENGECAT KEDIAMAN: Bashir (dua kiri) mengecat kediaman Aminullah Salleh di Kampung Lajau.
MENGECAT KEDIAMAN: Bashir (dua kiri) mengecat kediaman Aminullah Salleh di Kampung Lajau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia