Utusan Borneo (Sabah)

Maklum jika terlepas dos kedua vaksin COVID-19 Boleh minta dos kedua diberikan dalam masa 40 hari selepas menerima dos pertama vaksin berkenaan

- Oleh Andy Sabang

KANOWIT: Orang ramai dinasihati supaya memaklumka­n kepada Jabatan Kesihatan di kawasan masing-masing sekiranya terlepas dos kedua vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang berkata, mereka boleh meminta supaya dos kedua diberikan dalam masa 40 hari selepas menerima dos pertama vaksin berkenaan.

“Orang ramai tidak perlu risau sekiranya mereka ketinggala­n untuk dos kedua kerana mereka boleh memaklumka­nnya kepada Jabatan Kesihatan dan mendapatka­n tarikh temu janji baharu untuk tujuan tersebut.

“Di United Kingdom, dos kedua diberikan sehingga dua bulan selepas mendapat dos pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Malaysia Prihatin di Dewan Serba Guna Machan di sini, semalam.

Semasa sesi soal jawab,

Pemanca Lawrence Malaka telah menyaranka­n penggunaan vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu dos untuk penduduk luar bandar.

Ini kerana beliau khuatir mereka (penduduk di luar bandar) terlepas temu janji untuk dos kedua sehingga boleh mengurangk­an keberkesan­an vaksin untuk melawan virus.

Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit mengatakan pada masa ini satu-satunya vaksin yang hanya memerlukan satu dos adalah vaksin keluaran

Johnson&Johnson.

Pun begitu jelas beliau, produk tersebut belum diuji sepenuhnya dan masih dalam peringkat percubaan.

Terdahulu dalam ucapan semasa program berkenaan, Aaron menggesa penduduk Kanowit mendaftar untuk program vaksinasi.

Katanya, beliau masih berkeadaan seperti biasa selepas menerima suntikan dos kedua beberapa hari lalu.

“Kerajaan yakin dengan semua vaksin COVID-19 yang telah dibeli.

“Kami juga telah bersetuju untuk memberikan pampasan

Orang ramai tidak perlu risau sekiranya mereka ketinggala­n untuk dos kedua kerana mereka boleh memaklumka­nnya kepada Jabatan Kesihatan dan mendapatka­n tarikh temu janji baharu untuk tujuan tersebut.

sehingga RM500,000 kepada individu yang mengalami kesan sampingan teruk setelah diberi vaksin COVID-19,” katanya.

Turut hadir ADUN Machan

Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit Katherine Lalai Eddie Saga, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun dan Ketua Balai Bomba dan

Penyelamat Kanowit Arrahman Chik.

Aaron selepas program berkenaan turut mengunjung­i Klinik Kesihatan Machan.

Datuk Aaron Ago Dagang Timbalan Menteri Kesihatan

 ??  ?? TURUN PADANG: Seorang pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Machan mengiringi kunjungan Aaron (tengah) dan Dr Teh (kiri) selepas program tersebut.
TURUN PADANG: Seorang pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Machan mengiringi kunjungan Aaron (tengah) dan Dr Teh (kiri) selepas program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia