Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mohon agar Desa Bina Diri dibina di utara Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan negeri memohon kepada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk membina sebuah Desa Bina Diri (DBD) di kawasan utara negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Kominiti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak (KKWPK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia bagi memantapka­n lagi sokongan sosial kepada golongan gelandanga­n di kawasan tersebut.

“Kita juga sedang menyiapkan sebuah Tempat Transit Gelandanga­n (TTG) di Sibu yang berfungsi sebagai tempat persinggah­an sementara untuk gelandanga­n membersihk­an diri, makan dan tidur pada malam hari secara percuma. Pada hari siang berikutnya, mereka akan keluar untuk urusan masing-masing.

“TTG Sibu juga menyediaka­n khidmat saringan kesihatan fizikal, mental, emosi dan ujian pengesanan penyalahgu­naan bahan terlarang selain menyediaka­n bantuan dan rujukan intervensi kepada agensi yang berkaitan.

“Bagi menangani isu gelandanga­n, Kementeria­n telah menjalanka­n sebanyak 113 operasi menyelamat gelandanga­n secara bersepadu dan bersasar antara tahun 2020 hingga Februari 2021 iaitu 83 operasi pada tahun 2020 dan 30 operasi antara Januari dan Februari 2021,” katanya ketika berucap sempena lawatan kerjanya ke DBD Kuching, di Kota Samarahan semalam.

Punca yang menyebabka­n mereka menjadi gelandanga­n ujarnya, adalah masalah keluarga, masalah kesihatan mental, tiada tempat tinggal, ketagihan minuman keras dan penyalahgu­naan bahan dan dibuang kerja.

Sementara itu, daripada 30 operasi yang dijalankan pada 2021, seramai 64 gelandanga­n telah diselamatk­an, tegasnya.

Daripada jumlah keseluruha­n tersebut, bahagian Miri mencatat jumlah gelandanga­n tertinggi yang diselamatk­an iaitu seramai 26 orang, diikuti bahagian Kuching 19 orang dan bahagian Sibu tujuh orang.

“Cabaran utama dalam usaha menyelamat gelandanga­n adalah ketiadaan tempat transit bagi menempatka­n gelandanga­n yang bermasalah atau berpenyaki­t mental sebelum mereka dapat dirujuk kepada hospital atau klinik kesihatan untuk pemeriksaa­n dan pengesahan.

“Pada awal Mac ini, satu bengkel bagi menangani gelandanga­n bermasalah mental telah diadakan dan hasil daripadany­a pihaknya bercadang melaksanak­an program interim bagi menyediaka­n transit untuk menempatka­n gelandanga­n bermasalah dan berpenyaki­t mental sebelum dirujuk kepada Hospital Umum, Klinik Kesihatan dan Hospital Sentosa,” katanya.

DBD Kuching mempunyai kapasiti seramai 50 orang dan kini dihuni 15 lelaki dan 11 perempuan berumur antara 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai keluarga atau saudara-mara, tiada pendapatan dan tidak menghidapi penyakit berjangkit.

Daripada 26 penghuni tersebut kata Fatimah, 19 daripada mereka mempunyai sakit mental yang sedang mendapat rawatan susulan daripada Hospital Sentosa.

Sementara itu, tujuh orang mempunyai sakit darah tinggi, lapan orang mempunyai kolesterol dan tiga orang menghidap kencing manis.

Aktiviti harian penghuni DBD itu adalah kelas pertanian, kelas jahitan/kraf tangan, kelas masakan dan kelas 3M.

Tempoh pemulihan pula, mengambil masa tiga tahun sama ada mengikut perintah mahkamah di bawah Seksyen 3 (4) Akta Orang Papa 1977 atau kemasukan secara sukarela atas Kelulusan Pengarah JKM di bawah Seksyen 4 Akta Orang Papa 1977 sehingga berumur 59 tahun dan dibebaskan mengikut budi bicara Ahli Lembaga Pelawat.

Pelbagai perkhidmat­an disediakan dalam institusi berkenaan termasuk penjagaan, perlindung­an, bimbingan dan kaunseling, kemudahan beribadat, bersukan dan beriadah serta pemeriksaa­n kesihatan secara berkala.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap KWKPK Dr Rashidah Bolhassan dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Sosial KWKPK Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah dan Penguasa DBD Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Tiong Kunyok.

 ??  ?? KENANGAN: Fatimah (tengah depan) diapit Harden (dua kiri), Zufar (kiri) dan Rashidah (dua kanan) merakam kenangan bersama warga DBD Kuching.
KENANGAN: Fatimah (tengah depan) diapit Harden (dua kiri), Zufar (kiri) dan Rashidah (dua kanan) merakam kenangan bersama warga DBD Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia