Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda N7 Samariang sumbang peralatan perniagaan kepada usahawan dalam talian

-

KUCHING: Menyedari transforma­si perniagaan yang kini lebih banyak tertumpu kepada aktiviti perniagaan dalam talian (online) terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanak­an di seluruh negara, Sayap Pemuda N7 Samariang telah mengambil langkah proaktif untuk membantu golongan usahawan dalam usaha memperkasa­kan perniagaan yang dijalankan.

Sehubungan itu baru-baru ini berlangsun­gnya Majlis Penyerahan Peralatan Perniagaan kepada kira-kira 16 usahawan dalam talian dari DUN N7 Samariang yang telah disempurna­kan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau yang juga ADUN Samariang amat menyokong dan menyambut baik usaha yang diambil Sayap Pemuda N7, terutama apabila melibatkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Kita semua sedia maklum, aktiviti perniagaan masa ini tidak lagi tertumpu kepada aktiviti perniagaan secara bersemuka semata-mata, sebaliknya lebih banyak diadakan secara dalam talian.

“Ini juga membuktika­n bahawa usahawan-usahawan kita pada masa ini telah berjaya meletakkan paras perniagaan mereka yang berlandask­an ekonomi digital.

“Ini satu petanda baik, bukan sahaja untuk individu usahawan itu sendiri, bahkan juga kepada perkembang­an ekonomi setempat kita,” katanya ketika berucap pada simbolik penyerahan peralatan perniagaan kepada usahawan-usahawan dalam talian di Pusat Khidmat N7 Samariang di sini.

Hadir sama ialah Naib Ketua Cawangan N7 Samariang Dato Sri Abdul Aziz Hassan, Ketua Sayap Pemuda N7 Samariang Syed Zyed Wan Asmawi, Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda N7 Samariang Arafan Annuar dan Setiausaha PBB Cawangan N7 Samariang Sulhie Salleh serta barisan exco Pemuda N7 Samariang.

Antara peralatan yang disumbangk­an termasuk lampu tripod, sepanduk, rak serta wang tunai, mengikut keperluan yang dipohon oleh para usahawan sendiri.

Hasidah pada masa yang sama turut menyatakan harapan agar dengan adanya sumbangan tersebut, ia dapat membantu dan menjadi perangsang kepada belia- Samariang khasnya, untuk terus maju dalam bidang keusahawan­an yang diceburi.

Sementara itu pada hari sama, Hasidah turut menyerahka­n secara simbolik kios (gerai) kepada para peniaga di Kampung Semariang Batu di sini.

Ini juga merupakan salah satu usaha murni yang diambil Sayap Pemuda N7 Samariang selain turut disokong dan dibantu ketua-ketua Pemuda Ranting.

Penyerahan kios peniaga itu berpaksika­n objektif untuk memberi perangsang dan galakan kepada para peniaga dalam usaha menjana ekonomi keluarga khususnya dalam pada kita berdepan dengan pandemik COVID-19.

Difahamkan, penyerahan itu dilakukan secara berperingk­at-peringkat kepada 26 peniaga tepi jalan di sekitar kawasan DUN Samariang.

 ??  ?? SERAH: Hasidah menyampaik­an peralatan sumbangan kepada peniaga dalam talian di kawasan DUN Samariang baru-baru ini.
SERAH: Hasidah menyampaik­an peralatan sumbangan kepada peniaga dalam talian di kawasan DUN Samariang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia