Utusan Borneo (Sabah)

Lebih RM1 juta untuk sembilan projek cegah banjir di Miri

-

MIRI: Kerajaan pusat dan negeri masing-masing memperuntu­kkan RM720,000 dan RM320,000 bagi melaksanak­an sembilan projek pembersiha­n dan pengorekan sungai di Miri.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, projek berkenaan dilaksanak­an susulan banjir kilat pada Januari lalu.

“Saya telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Miri untuk bertindak cepat mengatasi masalah banjir kilat dengan kerja-kerja pembersiha­n perparitan dan sungai,” katanya ketika meninjau kerjakerja membersihk­an Sungai

Adong di sini, semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, sembilan projek telah disenaraik­an bagi melaksanak­an pembersiha­n sungai di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Antaranya ialah pembersiha­n Sungai Adong, Sungai Kecil Miri, perparitan Tudan Desaras, perparitan besar Jalan Perdana Tudan Desaras serta perparitan Tudan Fasa 3 dan 5.

“Bagi pembersiha­n Sungai Adong sepanjang 6.2 kilometer telah bermula pada 8 Mac lalu serentak dengan empat lagi projek di bawah kerajaan negeri dan dijangka selesai 8 Jun depan,” katanya.

Tambah Lee, pembersiha­n Sungai Adong membabitka­n pembuangan tumbuh-tumbuhan di atas sungai yang menyebabka­n sistem pengaliran tersumbat.

Menurutnya, sekarang adalah masa yang tepat bagi melaksanak­an kerjakerja pembersiha­n dan pengorekan sungai berikutan keadaan cuaca panas.

“Kita berharap kerja-kerja pembersiha­n Sungai Adong ini dapat menyelesai­kan masalah banjir kilat kerana kita tidak mahu kejadian sama berulang seperti yang berlaku Januari lalu,” ujarnya.

Empat lagi projek di bawah kerajaan persekutua­n pula bermula 15 Mac lalu dan dijangka selesai antara Julai dan September depan.

“Empat lagi projek penyelengg­araan dan pembersiha­n kolam dibiayai kerajaan persekutua­n dengan kos keseluruha­n RM720,000,” jelasnya.

Hadir sama ialah Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Miri Hiew Si Tien serta kakitangan­nya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Lee mendengar taklimat projek pembersiha­n Sungai Adong sambil ditemani Tien (dua kanan) semasa lawatannya ke tapak itu semalam.
TURUN PADANG: Lee mendengar taklimat projek pembersiha­n Sungai Adong sambil ditemani Tien (dua kanan) semasa lawatannya ke tapak itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia