Utusan Borneo (Sabah)

Perlu kerjasama pantau buaya di Batang Oya

Komuniti nelayan di kawasan itu terutamany­a diseru untuk turut membantu melakukan pemantauan: Arini

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep ARINI

MUKAH: Pemantauan ke atas reptilia terutama buaya dewasa di sepanjang Batang Oya memerlukan kerjasama semua pihak.

Ketua Jaringan Nelayan Oya Kaunselor Arini Suhaili berkata, komuniti nelayan di kawasan itu terutamany­a diseru untuk turut membantu melakukan pemantauan.

“Kita turut memerlukan bantuan dari segi pemantauan daripada komuniti nelayan untuk bersamasam­a melaporkan jika ada ternampak buaya dewasa di sekitar Batang Oya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Ini bagi memaklumka­n pihak berkuasa seperti Sarawak Forestry Corporatio­n (FC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tindakan susulan dapat diambil.

Beliau juga berharap kumpulan sukarelawa­n pemburu buaya akan dapat diwujudkan khas bagi tujuan pemburuan sekali gus membasmi reptilia ganas itu khususnya buaya dewasa.

Beliu juga faham kerana penduduk di kawasan itu tidak dapat bergantung harap sepenuhnya kepada pihak SFC untuk bekerja sepanjang tahun melakukan aktiviti memburu buaya seperti sekarang.

Secara keseluruha­n, komuniti sekitar Batang Oya seperti nelayan dan pengusaha rumbia masih memerlukan jaminan keselamata­n daripada serangan dan ancaman binatang buas tersebut.

Ini bagi memastikan aktiviti ekonomi serta aktiviti harian

Kita turut memerlukan bantuan dari segi pemantauan daripada komuniti nelayan untuk bersama-sama melaporkan jika ada ternampak buaya dewasa di sekitar Batang Oya. Kaunselor Arini Suhaili Ketua Jaringan Nelayan Oya

mereka berjalan lancar dan pada masa sama nyawa mereka terpelihar­a.

Pagi kelmarin pemburuan bersama SFC, PDRM dan komuniti nelayan membuahkan hasil apabila berjaya menangkap seekor buaya dewasa sepanjang 4.5 meter.

Ia merupakan hasil buruan pertama sejak operasi dilancarka­n pada 13 Mac lalu dan dijangka berakhir Khamis ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia