Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bekas kakitangan Malaysia Airlines terima bantuan PERKESO Sibu

-

SIBU: Ibu kepada bekas kakitangan Syarikat Penerbanga­n Malaysia Berhad (Malaysia Airlines) Syahrizan Sabri, 42, yang meninggal dunia pada Februari lalu menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sibu.

Zainon Haron, 72, menerima faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000 dan faedah pencen penakat yang disampaika­n Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee di kediamanny­a di Jalan Abang Barieng di sini, semalam.

Pengurus PERKESO Cawangan Sibu Tan Phang Chia yang turut hadir pada majlis itu berkata, PERKESO Sibu telah mengambil tindakan proaktif melalui Skuad PERKESO Prihatin dengan segera menjejaki waris untuk mendapatka­n maklumat lanjut bagi tujuan semakan kelayakan Allahyarha­m OB (Orang Berinsuran­s) bagi membolehka­n waris menerima faedah PERKESO.

“Hasil semakan mendapati waris Allahyarha­m layak menerima bantuan di bawah Skim Keilatan di mana waris akan layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 dan Faedah Pencen Penakat,” katanya kepada pemberita.

Tan juga memberitah­u bahawa Allahyarha­m merupakan pencarum di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan Sendiri (Akta 800).

Di bawah akta ini jelasnya, pencarum layak menerima faedah yang akan diperolehi pencarum sekiranya berlaku bencana kerja, keilatan dan kematian akibat keuzuran serta kehilangan pekerjaan.

“Dengan adanya faedahfaed­ahini,pencarumda­nwaris boleh tampil ke PERKESO untuk menyemak kelayakan dan seterusnya membuat permohonan faedah yang berkaitan.

“Dalam konteks ini, waris Allahyarha­m yang layak ialah ibu kandung kerana Allahyarha­m masih bujang dan tidak mempunyai anak.

“lbu Allahyarha­m akan menerima bantuan Pencen Penakat seumur hidup.

“Dengan adanya bantuan PERKESO dapat meringanka­n beban yang ditanggung waris atau orang tanggungan,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan medianya, PERKESO kini memainkan peranan yang penting dalam masyarakat dengan menggalas tanggungja­wab khidmat sosial yang sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban rakyat dalam menghadapi krisis kehidupan masa kini yang kian mencabar.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai PERKESO, sila layari laman web melalui www. perkeso.gov.my atau hadir terus ke Pejabat PERKESO Sibu di alamat No. 1-5, Lorong Pahlawan 7, Jalan Pahlawan.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Annuar menyerahka­n replika cek bernilai RM2,000 kepada Zainon sambil disaksikan Tan (kanan) dan yang lain, semalam.
TERIMALAH: Dr Annuar menyerahka­n replika cek bernilai RM2,000 kepada Zainon sambil disaksikan Tan (kanan) dan yang lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia