Utusan Borneo (Sabah)

Program suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Sri Aman lancar

-

SRI AMAN: Program suntikan dos kedua vaksin COVID-19 keluaran Pfizer Biontech di Hospital Bahagian Sri Aman semalam berjalan lancar.

Program tersebut melibatkan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis HardenHoll­is,MenteriMud­a Belia dan Sukan merangkap ADUN Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan, ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai dan Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit.

Pemberian dos kedua dibuat 21 hari selepas dos pertama bagi melengkapk­an ketahanan daya tahan tubuh melawan virus COVID-19.

Harden ketika ditemui selepas program ringkas berkenaanb­erkata,walaupun telah melengkapk­an dos vaksin COVID-19 namun norma baharu kehidupan mengekang pandemik tetap dilaksanak­an dengan pematuhan SOP mengikut keperluan tempat dan aktiviti kerana secara keseluruha­nnya kita belum bebas daripada pandemik COVID-19.

Pemberian vaksin kumpulan pertama merupakan petugas barisan hadapan dan agensi sokongan.

Program kumpulan kedua dijangka bermula April ini melibatkan orang awam dan kumpulan sasar golongan rentan yang layak diberi vaksin.

Untuk rekod, seramai 1,694 orang telah mendapat suntikan dos pertama vaksin di Sri Aman manakala 562 orang setakat semalam telah melengkapk­an suntikan dos kedua.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Hospital Bahagian Sri Aman Dr Hazwani Mohd Yusop dan Pegawai Penyelaras Program Suntikan Vaksin COVID-19 Hospital Bahagian Sri Aman Dr Amirah Azman.

 ??  ?? SELESAI: Harden (empat kanan), Snowdan (tiga kanan), Mong (empat kiri), Indit (dua kiri) dan Elvis (dua kanan) selepas menerima suntikan vaksin dos kedua di Hospital Sri Aman semalam.
SELESAI: Harden (empat kanan), Snowdan (tiga kanan), Mong (empat kiri), Indit (dua kiri) dan Elvis (dua kanan) selepas menerima suntikan vaksin dos kedua di Hospital Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia