Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia akan menaik taraf sistem tempahan Navitaire New Skies

-

KUCHING: AirAsia akan menaik taraf sistem tempahan Navitaire New Skies pada minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan­nya menawarkan pengalaman tempahan dalam talian yang lebih baik.

Tempahan penerbanga­n, hotel dan SNAP tidak akan tersedia dalam tempoh ini dari jam 11 malam (GMT +8) pada hari Selasa, 23 Mac 2021 hingga 3 pagi hari Rabu, 24 Mac 2021 di laman web airasia.com, airasia super app, pejabat jualan AirAsia serta melalui kaunter dan perkhidmat­an AVA.

Para tetamu juga tidak dapat mendaftar masuk melaluilam­anweb,superapp, kiosk lapangan terbang dan kaunter atau menguruska­n tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.

Semua tetamu yang akan melakukan perjalanan dalam tempoh ini mestilah mendaftar masuk melalui dalam talian atau super app sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk mereka atau menggunaka­n Pas Masuk Elektronik jika ada.

Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi tersedia daripada 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbanga­n.

Para tetamu harus memastikan mereka layak melakukan perjalanan sebelum menempah sebarang penerbanga­n.

Sila rujuk di sini untuk informasi sekatan perjalanan dan keperluan khas. Semua tetamu AirAsia diminta memakai pelitup separuh muka sebelum, semasa dan selepas penerbanga­n, termasuk semasa mendaftar masuk dan pengambila­n bagasi.

Para tetamu juga digalakkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tigajamseb­elumpenerb­angan mereka untuk mengelak sebarang kesulitan.

Semua perkhidmat­an lain di airasia.com akan tersedia seperti biasa.

Ikuti AirAsia di Twitter (@airasia) dan Facebook (facebook. com/airasiatra­vels) untuk berita terkini atau hubungi bahagian sokongan pelanggan kami di Twitter (@AirAsiaSup­port) atau di support.airasia.com untuk sebarang pertanyaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia