Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n RTP tingkat kualiti kehidupan rakyat

Menyedari kepentinga­n projek, pemantauan dijalankan pastikan projek berkenaan dapat disiapkan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pelaksanaa­n Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) di konstituen­si Bukit Kota merupakan satu cara Kerajaan Sarawak meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, menyedari pentingnya projek RTP dalam memberi manfaat kepada rakyat, pemantauan dijalankan bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan.

“Kita meninjau projekproj­ek yang kebanyakan­nya RTP melibatkan Kampung Malagangga­i, Batu Bakarang, Berawan, Tegarai serta hujung Log Pond Lee Ling Timber untuk meninjau pembinaan jambatan bagi mengatasi masalah banjir.

“Projek ini sangat bermanfaat dan diperlukan penduduk kampung, kebanyakan­nya daripada RTP 2020 dan ada juga projek Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB),” katanya ketika meninjau projek-projek RTP di sini, semalam.

ADUN Bukit Kota itu berkata, peruntukan berjumlah RM150,000 disalurkan untuk fasa pertama pembinaan projek gelanggang futsal di Kampung Batu Bakarang manakala RM250,000 lagi fasa kedua yang dilengkapi lampu malam.

“Manakala RM300,000 diluluskan untuk membina jalan simen dari rumah ke rumah seperti yang dimohon penduduk kampung dan kini dalam proses tender serta pemilihan kontraktor,” ujarnya.

Jelas Dr Abdul Rahman lagi, kerajaan sedang membuat penilaian untuk menaik taraf madrasah di Kampung Batu Bakarang membabitka­n peruntukan RM10,000.

Bagi permohonan menaik taraf padang di kampung itu pula akan dimasukkan dalam senarai projek akan datang.

Beliau memberitah­u, fasa satu pembinaan dewan bagi Kampung Berawan dan Tegarai yang bermula tahun lepas diteruskan tahun ini dalam fasa kedua untuk menyiapkan kemudahan itu.

“Kita juga meninjau jambatan yang dibina di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Lee Ling Timber untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Tegarai,” ujarnya.

Selain itu beliau memberitah­u, kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM250,000 untuk projek ameniti sosial di Kampung Malagangga­i yang kini dalam pembinaan.

“Projek ini melibatkan pembinaan jeti di taman rekreasi di tebing Sungai Kaban sepanjang 200 meter bagi memudahkan aktiviti

Kita meninjau projek-projek yang kebanyakan­nya RTP melibatkan Kampung Malagangga­i, Batu Bakarang, Berawan, Tegarai serta hujung Log Pond Lee Ling Timber untuk meninjau pembinaan jambatan bagi mengatasi masalah banjir. Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

rekreasi seperti memancing serta aktiviti lain diadakan, di mana kemudahan ini akan diselengga­ra Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) itu,” katanya.

Pada masa sama jelasnya, pihaknya juga meminta bantuan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengenal pasti tanah bagi pembinaan dewan dan padang futsal di Kampung Malagangga­i bagi memudahkan urusan pewakafan surau untuk diserahkan kepads Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS).

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Dr Abdul Rahman (lima kiri) melihat pembinaan gelanggang futsal di Kampung Batu Bakarang, Limbang semalam.
KEMUDAHAN RAKYAT: Dr Abdul Rahman (lima kiri) melihat pembinaan gelanggang futsal di Kampung Batu Bakarang, Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia