Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki edar dadah terlepas hukuman gantung sampai mati

-

KUCHING: Seorang lelaki bekerja sendiri terlepas hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Rayuan di sini, kelmarin bersetuju menggantik­an pertuduhan mengedar kepada memiliki dadah Methamphet­amine sekali gus menggantik­an hukuman mati mandatori dengan penjara 18 tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Gunalan Muniandy yang mendengar rayuan Regoanal Awing@ Rickynold Igai juga memerintah­kan perayu dipenjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu pada 6 Jun 2016.

Tiada sebatan dikenakan terhadap perayu memandangk­an dia telah berusia 50 tahun.

Terdahulu pada 27 April 2017, perayu dikenakan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuching setelah didapati bersalah mengedar 801.4 gram Methamphet­amine pada 6 Jun 2016, jam 9 pagi di hadapan sebuah pusat kurier di Jalan Song, di sini.

Dia didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Lelaki itu kemudian memfailkan rayuan ke

Mahkamah Tinggi namun ditolak.

Sehubungan­itu,diamembuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan kelmarin, pertuduhan dipinda dan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Sidang panel hakim dalam memberikan keputusan tersebut bersetuju dengan penghujaha­n peguam perayu, Fung Lee Fook yang menyatakan bahawa ‘anggapan berganda’ tidak boleh diguna pakai untuk mensabitka­n seseorang tertuduh kerana mengedar dadah.

Jelas Fung yang memetik kes-kes terdahulu, prinsip ‘anggapan berganda’ adalah bertentang­an dengan prinsip-prinsip pembinaan undang-undang penalti dan terlalu keras dan menindas terhadap pesalah.

“Manakala dalam kes membabitka­n Alma Nudo Atenza vs PP dan Rayuan Lain di Mahkamah Persekutua­n, anggapan berganda di bawah Seksyen 37A ADB menyinggun­g syarat keadilan berdasarka­n Artikel 5 (1) dan Artikel 8 Perlembaga­an Persekutua­n,” ujar Fung semasa prosiding.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azmi Mashud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia