Utusan Borneo (Sabah)

Uni Discovery Month beri peluang kepada bakal pelajar merasai kehidupan universiti

-

KUCHING: Acara Uni Discovery Month yang kini berlangsun­g selama satu bulan memberi peluang kepada bakal pelajar merasai kehidupan universiti apabila mereka menyertai Swinburne University of Teknology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) kelak.

Mulai sekarang sehingga 15 April, acara itu akan menampilka­n Sesi Kaunseling Virtual dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan Sesi Kaunseling Secara Bersemuka (melalui janji temu) dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Sesi tersebut memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatka­n maklumat terus daripada kaunselor pendidikan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan, syarat dan proses kemasukan, kemudahan pengajian dan pembelajar­an, pengiktira­fan profesiona­l, pilihan perpindaha­n atau pertukaran pelajar dan sebagainya.

Turut berlangsun­g sepanjang bulan itu adalah siri webinar selama dua minggu dari 29 Mac hingga 8 April dan siri ini sesuai dijadikan sebagai panduan untuk pelajar mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan sebagai pelajar universiti dan mengenal pasti minat mereka yang sebenar.

Bertemakan ‘Discover Your University’, minggu pertama akan memaparkan topik-topik seperti ‘Transition­ing to University Life’ pada 29 Mac, ‘Pathway for Foundation and Diploma Programmes’ (30 Mac), ‘Student Life 101: Life Beyond Classrooms’ (31 Mac), ‘Online Learning Tips & Tricks’ (1 April), dan ‘Money Talk:

Scholarshi­ps & Bursaries’ (5 April).

Minggu Kedua pula akan membawa tema ‘Discover Your Passion’ yang fokus kepada program-program yang ditawarkan di Swinburne seperti perniagaan, reka bentuk, sains, pengkomput­eran dan kejurutera­an. Pada 3 April, terdapat dua slot webinar yang bertajuk ‘Journey to Becoming a Qualified Accountant’ dan ‘Technology in 360 View’.

Ia diikuti dengan ‘Branding and Communicat­ion Design’ (6 April), ‘Engineerin­g: Anything but Boring’ dan ‘Sago Biotechnol­ogy’ (7 April) dan akhir sekali ‘Fake News & Misinforma­tion: Creating Awareness in Social Media Communicat­ion’ (8 April).

Prapendaft­aran disarankan untuk pelajar yang berminat menempah slot sesi kaunseling dan slot webinar melalui laman swinburne.edu. my/openmonth/. Maklumat terperinci webinar juga boleh didapati di laman tersebut.

Pengambila­n untuk program pra-universiti dan Diploma kini dibuka dan kelas untuk program tersebut akan bermula 12 April 2021.

Calon SPM boleh mendaftar untuk pengambila­n ini dengan menggunaka­n keputusan peperiksaa­n percubaan atau ‘forecast results’ atau keputusan peperiksaa­n sekolah.

Mereka boleh terus memulakan pengajian tanpa bayaran selama dua minggu dengan adanya ‘Start With Zero Fees Programme’.

Sekolah Pengajian Pra-universiti Swinburne menawarkan program pra-universiti dalam pengajian perniagaan, reka bentuk, kejurutera­an/ sains dan teknologi maklumat/multimedia serta program Diploma Pengurusan Perniagaan.

Program pra-universiti adalah program persediaan satu tahun yang menjurus terus kepada pengajian sarjana muda, manakala program diploma yang mengambil masa selama 2.5 tahun memberi peluang kepada pelajar untuk terus memasuki alam pekerjaan setelah tamat pengajian kelak.

Bagi ibu bapa dan pelajar yang terkesan akibat pandemik, Swinburne menawarkan pilihan ‘Easy Payment Plan’ di mana yuran pengajian boleh dibayar secara ansuran sebanyak 10 kali setahun.

Pelajar juga layak secara automatik untuk memohon biasiswa atau bursari daripada kerajaan negeri atau manamana agensi berkaitan kerajaan sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

Untuk pelajar Bumiputera Sarawak, mereka digesa memohonSki­mBursariBP­40, skim pengajian istimewa yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak bagi membantu pelajar Bumiputera kelahiran Sarawak yang mempunyai latar belakang berpendapa­tan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

Manakala itu, pelajar yang sudah menerima surat tawaran daripada Swinburne berpeluang menerima ‘Uni Starter Pack’ bernilai lebih daripada RM100 apabila mereka sudah mendaftar sebagai pelajar di universiti itu.

Mereka hanya perlu membuat tangkapan skrin mengenai status hadiah tersebut yang dimuat naik di Facebook atau Instagram dan membawa sendiri tangkapan skrin bersama surat tawaran dan kad ID pelajar ke Marketing & Student Recruitmen­t Office (A003, Tingkat Bawah, Bangunan A) untuk menuntut Uni Starter Pack tersebut.

Tawaran ini sah untuk 100 peserta dan pelajar pra-universiti dan diploma pengambila­n April 2021 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang kaunseling kursus dan siri webinar, hubungi Kaunselor Pendidikan Swinburne melalui WhatsApp di 019-819 6353 atau e-mel kepada study@swinburne. edu.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www. swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? KAUNSELING: Pradaftar untuk sesi kaunseling kursus dan siri webinar sekarang.
KAUNSELING: Pradaftar untuk sesi kaunseling kursus dan siri webinar sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia