Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman penjara akibat merompak berkumpula­n dikurangka­n lima tahun

-

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini, kelmarin mengurangk­an hukuman penjara daripada 18 tahun kepada 13 tahun bagi dua lelaki yang disabitkan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpula­n terhadap seorang gadis pada 2015.

Keputusan itu dibuat oleh sidang panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Gunalan Muniandy terhadap kedua-dua perayu, Mohamad Hasrul Seliman, 36 dan Mohd Kamarul Wahab, 31.

Mahkamah bagaimanap­un mengekalka­n hukuman enam sebatan yang dikenakan terhadap mereka terdahulu.

Kedua-dua lelaki tersebut masing-masing dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan pada 28 Ogos 2017, di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peguam Simoh Siah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili kedua-dua perayu berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terdahulu adalah berlebihan kerana peruntukan hukuman bagi seksyen tersebut adalah maksimum 20 tahun.

“Mereka (perayu) juga tidak diwakili peguam semasa perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen dan rayuan di Mahkamah Tinggi terdahulu.

“Trend hukuman pada masa itu (2018-2019) adalah sekitar tujuh hingga 15 tahun. Justeru, hukuman penjara 18 tahun adalah berlebihan. Oleh itu, mahkamah pada hari ini (semalam) mengambil kira faktor tersebut dan mengurangk­an hukuman penjara kepada 13 tahun,” ujar Simon ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuching.

Hasrul yang berasal dari Simunjan dan Kamarul yang berasal dari Kampung Tabuan Melayu itu didakwa secara bersama melakukan rompakan berkumpula­n terhadap seorang gadis berusia 21 tahun pada hari kejadian, dengan bersenjata­kan sebilah kapak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka pada 1 Jun 2015, lebih kurang jam 11.05 malam di hadapan sebuah rumah di Jalan Keranji, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia