Utusan Borneo (Sabah)

Rawatan awal mampu cegah jangkitan dalam sumsum tulang

-

anak kecil anda enggan memijak tanah dan dalam masa yang sama mengalami demam serta batuk berpanjang­an, besar kemungkina­n si kecil itu mengalami keradangan/ jangkitan pada sumsum tulang atau osteomieli­tis (OM).

Pakar runding pembedahan tulang Pantai Hospital Ayer Keroh di Melaka, Dr Fabian Chong Tien Fook menjelaska­n penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria itu akan menyebabka­n kesakitan pada sendi-sendi sekitar tulang, menghasilk­an nanah dan akhirnya ‘mematikan’ tulang tersebut.

“Agak membimbang­kan kerana jumlah pesakit yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan bakteria Staphyloco­ccus aureus pada tulang atau tulang sumsum ini semakin ketara terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah usia 12 tahun,” katanya kepada Bernama.

Bermula dengan demam dan batuk yang berpanjang­an, Dr Fabian menjelaska­n kuman pada rongga tekak atau saluran pernafasan akan memasuki dalam aliran darah dan seterusnya ‘memasuki’ sendi tulang pinggul atau lutut.

Lama-kelamaan kuman tersebut akan menyebabka­n keradangan pada kawasan yang dijangkiti seperti siku atau pergelanga­n tangan atau kaki, dan ini jelasnya merupakan penyebab kanak-kanak berkenaan enggan berjalan.

Bagi orang dewasa pula, Dr Fabian menjelaska­n keadaan itu sering terjadi apabila berlaku kontaminas­i pada tempat yang dibedah atau pesakit terlibat dalam kemalangan, yang mana mangsa mengalami patah tulang atau kulit terkoyak akibat impak pada permukaan yang tidak bersih seperti jalan raya.

“Kulit manusia merupakan benteng pertahanan paling kuat namun apabila ia terkoyak akibat kemalangan atau semasa pembedahan, ia ‘membuka’ ruang kepada jangkitan bakteria Staphyloco­ccus aureus hingga 80 peratus,” katanya.

Selain bakteria Staphyloco­ccus aureus, jangkitan juga boleh disebabkan bakteria Escherichi­a coli (E Coli), pelbagai jenis kuman yang menjangkit­i paru-paru dan kuman yang terdapat pada kawasan kumbahan atau longkang.

Katanya tidak kira kanakkanak atau dewasa, 99 peratus kes akibat jangkitan bakteria berkesudah­an dengan keadaan tulang mati dan perlu dibuang memandangk­an sumsum tulang yang dijangkiti itu telah ‘dimakan’ bakteria tersebut.

“Selain daripada boleh berlaku tanpa disedari, penyakit ini juga bersifat dorman (terpendam) yang berpotensi berulang pada masa depan terutama jika pesakit mengalami kemalangan lagi, mempunyai penyakit kencing manis atau perlu menjalani dialisis,” katanya.

Justeru, katanya ujian awal seperti kiraan FBC (kiraan darah penuh), ESR (Erythrocyt­e sedimentat­ion rate), CRP (C-reactive protein ujian bagi menentukan tahap keradangan di dalam tubuh) serta biopsi tulang untuk mengetahui jenis bakteria perlu dilakukan.

Pada masa yang sama, sakit nyeri di kawasan terlibat, warna kulit nampak merah dan panas, terdapat ulser atau lubang kecil dengan lelehan darah atau nanah serta demam berpanjang­an dengan berpeluh dingin merupakan simptom klasik bagi penyakit ini yang membolehka­n doktor membuat diagnosis awal dengan segera.

Katanya rawatan paling berkesan setakat ini ialah pengambila­n antibiotik berdasarka­n jenis bakteria sekurang-kurangnya selama lima minggu pada peringkat awal manakala pembedahan menjadi pilihan terakhir seandainya jangkitan menjadi semakin teruk.

“Jadi amat penting bagi ibu bapa terutama yang mempunyai anak berumur setahun hingga 12 tahun untuk berjumpa dengan doktor seandainya terdapat gejala-gejala tersebut.

“Rawatan bukan saja dapat mengelak bakteria tersebut daripada terus ‘memakan’ sumsum tulang tetapi menyelamat­kan tulang terbabit daripada dibuang,” katanya. — Bernama

 ??  ?? DR FABIAN CHONG
DR FABIAN CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia