Utusan Borneo (Sabah)

KPT agih 200,000 pelan data, 4,000 peranti kepada pelajar B40

Memanfaatk­an teknologi digital bagi pastikan kesinambun­gan kelas

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) telah mengagihka­n kira-kira 200,000 pelan data dan 4,000 peranti kepada pelajar daripada kumpulan B40 menerusi Inisiatif Pakej Pelan Data dan Peranti bagi membantu mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti semasa pandemik.

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata inisiatif yang dilancarka­n pada November 2020 itu merupakan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi serta syarikat telekomuni­kasi dan syarikat korporat lain, bertujuan membantu meringanka­n beban penuntut yang memerlukan teknologi digital untuk menghadiri kuliah.

“Seramai 1.2 juta penuntut termasuk 130,000 pelajar antarabang­sa terjejas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajar­an tidak dapat dijalankan seperti biasa bermula Mac 2020.

“Kita tidak ada pilihan kecuali memanfaatk­an teknologi digital bagi memastikan kesinambun­gan kelas. Ini dilakukan melalui Massive Open Online Learning, Open Educationa­l Resources, Flipped Classroom Online dan banyak lagi,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan dan Pembelajar­an Kebangsaan 2021, di sini semalam.

Menurutnya bagi meningkatk­an keberkesan­an pembelajar­an secara maya pasca-COVID-19, sebanyak RM50 juta telah diluluskan di bawah Belanjawan 2021 bagi menaik taraf projek Rangkaian Penyelidik­an dan Pendidikan Malaysia (MyREN) untuk membolehka­n penuntut mendapat akses kepada liputan Internet yang lebih baik dan pantas.

Noraini berkata pandemik itu juga menjejaska­n kebolehpas­aran siswazah dan KPT sentiasa mencari jalan untuk mengetenga­hkan siswazah agar mendahului pencari kerja yang lain melalui inisiatif seperti program PENJANA KPT-CAP.

Selepas selesai menjalani latihan, peserta berpeluang mendapat pekerjaan di tempat mereka menjalani latihan, katanya.

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific dengan kerjasama Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) serta Persatuan Kebangsaan InstitusiI­nstitusi Pendidikan Swasta (NAPEI). — Bernama

Seramai 1.2 juta penuntut termasuk 130,000 pelajar antarabang­sa terjejas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajar­an tidak dapat dijalankan seperti biasa bermula Mac 2020. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia