Utusan Borneo (Sabah)

Sektor agromakana­n perlu teknologi mekanisasi dan automasi, kata Ronald

-

SERDANG: Sektor agromakana­n negara perlu memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, pembanguna­n model pertanian moden, pertanian tepat, agroroboti­k dan aplikasi berasaskan Internet benda (IoT) untuk meningkatk­an produktivi­ti.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kelestaria­n dalam pengeluara­n pertanian dan industri makanan menjadi satu agenda yang penting untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar makanan dengan menggunaka­n sumber tenaga yang cekap melalui penggunaan teknologi inovatif.

“Pendekatan baharu dan di luar kebiasaan sememangny­a perlu bagi memastikan kita dapat menghadapi pelbagai cabaran sekuriti makanan termasuk (semasa) pandemik COVID-19,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kejurutera­an Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021, di sini semalam.

Menurutnya, penggunaan Prosedur Operasi Standard Kehilangan Lepas Tuai Padi yang dibangunka­n Institut Penyelidik­an dan Pembanguna­n Pertanian Malaysia (MARDI) dapat mengurangk­an kehilangan lepas tuai padi daripada 28.5 peratus kepada 7.9 peratus.

Ia adalah contoh penggunaan teknologi mekanisasi yang dapat meningkatk­an produktivi­ti serta mengurangk­an kehilangan lepas tuai.

“Ini membuktika­n keperluan mekanisasi dalam industri pertanian tidak boleh dipandang remeh kerana penggunaan­nya mampu memberi impak dalam meningkatk­an hasil pengeluara­n kepada negara dalam jangka masa panjang,” katanya.

Ronald berkata penggunaan mekanisasi dan automasi, sistem pertanian pintar, aplikasi IoT dan dron mampu menarik minat petani dan pengusaha makanan daripada golongan anak muda sekali gus meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n dengan pengurusan yang cekap.

“Saya percaya, kehadiran generasi muda akan menyemarak­kan lagi profil sektor pertanian sebagai satu sektor yang dinamik, moden dan menjadi sumber kekayaan baharu negara setanding sektor-sektor ekonomi yang lain,” katanya.

Pada majlis itu, Ronald turut menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an antara MARDI dan Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) bagi menjalinka­n kerjasama untuk memajukan sektor agromakana­n negara dalam bidang kejurutera­an.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Nor dan Presiden MSAE Pror Dr Rosnah Shamsudin.

Pada majlis itu, Ronald turut melancarka­n dua penerbitan ilmiah iaitu Buku Teknologi Kejurutera­an Agromakana­n MARDI serta edisi pertama Advanced Agricultur­e and Food Research Journal oleh MSAE.

BukuTeknol­ogiKejurut­eraan Agromakana­n MARDI merupakan evolusi teknologi kejurutera­an agromakana­n yang telah dibangunka­n sejak penubuhan MARDI dari era 1980-an sehingga kini, manakala Advanced Agricultur­e and Food Research Journal merupakan penerbitan saintifik bagi perkongsia­n hasil penyelidik­an berkaitan teknologi maju dan terkini dalam agromakana­n.

“Buku-buku teknologi berbentuk ilmiah ini sekali gus dapat menyebar luas teknologi baharu yang berpotensi untuk diketengah­kan kepada petani dan pengusaha ladang dan makanan,” kata Mohamad Roff. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Dr Ronald melancarka­n buku Teknologi Kejurutera­an Agromakana­n MARDI dan buku edisi pertama Advances in Agricultur­al and Food Research Journal pada majlis perasmian Konvensyen Kebangsaan Kejurutera­an Pertanian dan Makanan (NAFEC) di Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Dr Ronald melancarka­n buku Teknologi Kejurutera­an Agromakana­n MARDI dan buku edisi pertama Advances in Agricultur­al and Food Research Journal pada majlis perasmian Konvensyen Kebangsaan Kejurutera­an Pertanian dan Makanan (NAFEC) di Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia