Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n vaksin rendah, kerajaan Kelantan rayu rakyat segera mendaftar

-

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merayu kepada penduduk di negeri ini supaya segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 berikutan jumlah pendaftara­n masih rendah berbanding negeri-negeri lain.

“Sepatutnya Kelantan mendapat sebanyak 1.2 juta dos vaksin tetapi jumlah yang mendaftar amat sedikit. Saya merayulah kepada semua rakyat agar membuat pendaftara­n melalui pelbagai kaedah yang disediakan sama ada melalui aplikasi MySejahter­a ataupun secara manual.

“Jumlah yang mendaftar sekarang sedikit, angka sebenar saya tidak ketahui tetapi sedikit berbanding negeri-negeri lain seperti yang dimaklumka­n kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan dos vaksin COVID-19 kali kedua di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Turut sama menerima suntikan kali kedua itu ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, exco kerajaan negeri, ketua Jabatan kerajaan dan petugas barisan hadapan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata bagi mengatasi masalah pendaftara­n rendah itu, kerajaan negeri akan mengarahka­n pegawainya supaya menyampaik­an maklumat berkaitan suntikan tersebut kerana mungkin ada maklumat yang tidak sampai kepada masyarakat.

“Kami tidak mahu mereka mengambil sikap tunggu dan lihat. Bagi saya tidak perlu lagi mengambil sikap sedemikian, segeralah berdaftar dan mendapat nombor giliran,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang bakal diterima daripada Kerajaan Persekutua­n, Ahmad Yakob berkata beliau amat berterima kasih dengan bantuan yang diumumkan itu.

“Dana itu akan digunakan sebaik-baiknya dan paling penting peruntukan itu akan disalurkan secara umumnya untuk membela rakyat dan membina infrastruk­tur seperti jalan serta kemudahan lain,” katanya.

Pada Sabtu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumka­n kerajaan telah setuju menyalurka­n secara langsung bantuan khas berjumlah RM260 juta kepada semua kerajaan negeri.

Tengku Zafrul berkata bantuan berkenaan akan diagihkan secara sama rata, iaitu RM20 juta kepada setiap negeri untuk pelaksanaa­n segera projek-projek kecil bagi memulihkan ekonomi setempat di peringkat akar umbi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN: Ahmad menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech daripada Jururawat Kesihatan Awam dari Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu Suhaila Mansenun di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN: Ahmad menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech daripada Jururawat Kesihatan Awam dari Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu Suhaila Mansenun di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia