Utusan Borneo (Sabah)

Pemberian vaksin fasa pertama di Melaka dijangka selesai minggu hadapan

-

MELAKA: Seramai 10,727 daripada 12,870 petugas barisan hadapan di negeri ini telah menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan peringkat negeri Melaka yang bermula sejak 2 Mac lepas.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech fasa pertama menerusi program imunisasi itu di Melaka masih berterusan dan dijangka selesai pada minggu hadapan.

“Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan kita harap ia berterusan sehingga kesemua rakyat Melaka divaksin mengikut fasa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam laman twitter beliau semalam menyebut daripada 10,727 petugas barisan hadapan di Melaka yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama itu 367 daripadany­a sudah menerima suntikan dos kedua.

Antara yang telah menerima suntikan vaksin dos kedua semalam ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Di Melaka, fasa kedua suntikan vaksin dijadualka­n pada bulan depan hingga Ogos membabitka­n 250,000 orang terdiri daripada kumpulan warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kelainan upaya (OKU).

Fasa ketiga dijadualka­n pada September hingga Februari tahun hadapan dengan seramai 400,000 penduduk Melaka yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima vaksin yang membabitka­n warganegar­a dan bukan warganegar­a.

Mengulas mengenai pendaftara­n imunisasi vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahter­a yang mencatatka­n 194,203 atau 27.7 peratus setakat Ahad lepas di negeri ini, Rahmad menjelaska­n walaupun ada peningkata­n, langkah proaktif menggalakk­an rakyat mendaftar tetap diteruskan.

Sementara itu Sulaiman, dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya berkata selain beliau turut menerima suntikan vaksin dos kedua semalam ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr Ismail Ali.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih sekali lagi kepada vaccinator (penyuntik vaksin) Siti Noratiqah Mohamad dari Klinik Kesihatan Cheng, kerana telah memberi suntikan vaksinasi COVID-19 dos kedua kepada saya sebentar tadi (semalam),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia