Utusan Borneo (Sabah)

Kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah terbakar

Kebakaran ketiga dalam masa empat hari itu memaksa 50,000 lari menyelamat­kan diri, tujuh dikhuatiri terkorban

-

COX’S BAZAR: Kebakaran di sebuah kem pelarian Rohingya yang berselerak­an di Bangladesh telah memaksa sekurang-kurangnya 50,000 orang untuk meninggalk­annya dan menyebabka­n tujuh dikhuatiri maut, menurut pihak berkuasa dan pekerja bantuan, dalam kebakaran paling besar yang melanda kawasan penempatan pondok itu setakat ini.

Hampir sejuta anggota puak minoriti Islam yang ditindas dari Myanmar, ramai daripada mereka yang melarikan diri dari serangan ketenteraa­n di kampung halaman mereka pada 2017, tinggal dalam keadaan yang sesak dan sangat kotor di kem-kem di tenggara daerah Cox’s Bazar.

Ia merupakan kebakaran ketiga yang melanda kem tersebut dalam masa empat hari.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran terbaharu kelihatan bermula pada Isnin di salah sebuah daripada 34 kem, yang meliputi kira-kira 8,000 ekar tanah, sebelum merebak ke tiga kem lain, dengan pelarian meninggalk­an gubuk bersama apa-apa sahaja barangan yang mereka dapat bawa.

Kepulan asap tebal dapat dilihat muncul dari pondokpond­ok yang terbakar dalam video yang dikongsika­n di media sosial, ketika beratusrat­us anggota bomba dan pekerja bantuan berusaha untuk memadamkan api dan memindahka­n pelarian ke tempat yang selamat.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira tengah malam, dengan Refugees Internatio­nal menyatakan sekurangku­rangnya 50,000 orang telah meninggalk­an pondok mereka ketika kebakaran memusnahka­n ribuan rumah yang diperbuat daripada kain tarpal dan buluh.

“Kami telah mengetahui bahawa tujuh orang meninggal dunia termasuk dua kanak-kanak, seorang wanita dan empat lelaki dewasa,” Shahdat Hossain, ketua perkhidmat­an bomba tempatan, memberitah­u AFP.

Pejabat pelarian kerajaan dan polis, bagaimanap­un, masih belum mengesahka­n sebarang kematian.

“Ia merupakan kebakaran paling besar sejak kedatangan Rohingya pada Ogos 2017. Kira-kira 1,500-2,000 pondok telah musnah sepenuhnya,” timbalan ketua pesuruhjay­a pelarian bagi kerajaan Shamsud Douza, memberitah­u AFP.

Douza menyatakan makanan telah dihantar kepada pelarian yang hilang tempat tinggal dan pekerja bantuan sedang cuba untuk menyediaka­n semua bantuan kemanusiaa­n yang diperlukan.

Gazi Salahuddin, seorang inspektor polis, berkata “kebakaran menyebabka­n kira-kira 50,000 orang hilang tempat tinggal dan terpaksa berlindung di rumah saudara mara mereka di kem lain.”

Salahuddin menyatakan kebakaran pada mulanya tertumpu di kawasan sempit, namun ia telah berkembang dan merebak ke kem lain selepas tong gas yang mereka gunakan untuk memasak meletup.

Mohammad Yasin, seorang Rohingya yang membantu dalam usaha memadamkan kebakaran, memberitah­u AFP bahawa kebakaran telah marak selama lebih 10 jam dan merupakan yang terburuk yang pernah dilihatnya sejak 2017.

“Orang ramai lari menyelamat­kan diri ketika ia me-rebak dengan pantas. Ramai yang tercedera dan saya melihat sekurangku­rangnya empat mayat,” kata Aminul Haq, seorang lagi pelarian.

Seorang anggota sukarelawa­n bagi organisasi Save the Children, Tayeba Begum, menyatakan “kanak-kanak telah berlari, menangis mencari keluarga mereka.”

Refugees Internatio­nal memetik seorang penduduk Rohingya sebagai berkata kebakaran telah mengimbas semula kenangan traumatik bagi penindasan yang dialami oleh penduduk Rohingya di Myanmar pada 2017.

“Ramai kanak-kanak telah hilang dan beberapa orang tidak dapat melarikan diri disebabkan oleh penghadang kawad besi yang diletakkan di dalam kem,” menurutnya dalam satu kenyataan.

“Tragedi ini adalah satu peringatan yang sangat teruk mengenai kedudukan pelarian Rohingya yang telah terperangk­ap dalam keadaan yang semakin tidak selamat di Bangladesh dan realiti bagi sebuah kampung halaman yang sekarang diperintah oleh pihak tentera yang bertanggun­gjawab bagi genosid yang memaksa mereka melarikan diri,” tambahnya.

Ia adalah kebakaran ketiga yang melanda kem-kem dalam masa empat hari, pegawai jabatan bomba Sikder, yang hanya dikenali dengan satu nama, memberitah­u AFP.

“Dua kebakaran berasingan di kem pada Jumaat lepas telah memusnahka­n beberapa pondok, kata pihak berkuasa.

Sikder berkata punca kebakaran masih belum diketahui.

Dua kebakaran besar yang turut berlaku di kem pada Januari, menyebabka­n ribuan orang hilang tempat tinggal dan meranapkan empat sekolah UNICEF.

Penganjur kempen Amnesty Internatio­nal di Asia, Saad Hammadi, menyatakan dalam ciapan bahawa “kekerapan kebakaran di kem adalah terlalu kebetulan, terutama ketika keputusan daripada siasatan sebelumnya mengenai insiden masih belum diketahui dan mereka masih meneruskan­nya.”

Kerajaan pula telah mendesak untuk pelarian ditempatka­n semula di sebuah pulau terpencil di Selat Bengal, menyatakan kem sudah terlalu sesak.

Setakat ini, 13,000 pelarian Rohingya sudah dipindahka­n ke pulau yang terdedah kepada banjir, yang menurut pengkritik berada dalam laluan siklon yang berbahaya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HANGUS: Orang ramai berkumpul di tapak kem pelarian Rohingya yang musnah dalam kebakaran besar di Ukhia semalam.
— Gambar AFP HANGUS: Orang ramai berkumpul di tapak kem pelarian Rohingya yang musnah dalam kebakaran besar di Ukhia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia