Utusan Borneo (Sabah)

Amnesty tuduh Lubnan ‘seksa’ tahanan Syria

-

BEIRUT: Amnesty Internatio­nal semalam menuduh pihak berkuasa Lubnan bagi layanan “kejam dan kasar” terhadap lebih 20 rakyat Syria yang menurutnya telah diseksa di dalam penjara atau ketika disoal siasat.

Dalam satu laporann bertajuk “I wish I would die”, kumpulan hak asasi itu mendokumen­kan kes bagi 26 rakyat Syria, termasuk empat orang bawah umur dan dua wanita, dipenjarak­an di antara tahun 2014 dan 2021 kerana disyaki dengan tuduhan berkaitan dengan keganasan.

Hukuman yang berbeza dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun, dengan sekurang-kurangnya enam lelaki yang masih ditahan, kata Amnesty.

“Dalam semua kecuali satu daripada 26 kes yang didokumenk­an oleh Amnesty Internatio­nal, pelarian tersebut dilaporkan telah diseksa, sama ada ketika soal siasat atau penahanan,” menurutnya dalam laporan.

Penderaan adalah kebanyakan di sebuah pusat perisikan tentera di daerah Ablah di timur Lubnan, biro Keselamata­n Umum di

Beirut atau di kementeria­n pertahanan, tambahnya.

Amnesty mempersala­hkan terutamany­a biro perisikan ketenteraa­n Lubnan.

“Tahanan menyatakan mereka berdepan dengan sebahagian daripada teknik seksaan yang sama sering digunakan di dalam penjara Syria,” kata Amnesty.

Pihak berkuasa menggunaka­n “batang besi, kabel elektrik dan paip plastik” yang digunakan untuk memukul, kata Amnesty, memetik pelarian tersebut.

“Tahanan turut menyatakan telah digantung dalam keadaan terbalik atau dipaksa dalam kedudukan yang tegang bagi jangka masa yang sangat panjang,” tambahnya.

Empat lelaki menyatakan mereka telah dipukul hingga tidak sedarkan diri dan dua daripada mereka mengalami patah gigi.

Penahanan itu, bermula pada 2014, muncul ketika keganasan di seberang sempadan di Syria merebak sehingga ke Lubnan.

Pada tahun tersebut, kumpulan Daesh (IS) dan kumpulan cabang Al-Qaeda ketika itu di Syria, Barisan

Al-Nusra, telah menculik beberapa anggota tentera Lubnan dan polis dalam satu serbuan di pekan sempadan Arsal.

Pihak tentera dan pergerakan yang berkuasa Hizbullah Syiah memberikan reaksi dengan satu operasi yang menyasarka­n tempat persembuny­ian anggota pelampau di luar pekan tersebut.

Amnesty memaklumka­n bahawa “anggota kumpulan bersenjata” harus bertanggun­gjawab, namun memberikan amaran terhadap pencabulan yang dilakukan ke atas mereka yang ditahan.

Dalam sekurang-kurangnya 14 daripada 26 kes, Amnesty mendapati bahawa tuduhan berkaitan dengan keganasan terhadap pelarian Syria telah dilakukan atas dasar diskrimina­si, termasuk hubungan politik.

“Dalam sembilan kes, hanya menyuaraka­n bantahan politik terhadap kerajaan Syria telah dianggap sebagai bukti bagi menentukan pensabitan untuk tuduhan keganasan,” jelasnya.

Sekurang-kurangnya 14 tahanan menyatakan mereka telah mengakui bagi jenayah yang mereka tidak lakukan selepas diseksa atau diugut, tambah Amnesty.

“Pencabulan hak secara terang-terangan oleh pihak berkuasa Lubnan terhadap pelarian Syria hingga kepada proses yang menjadi ejekan terhadap kehakiman,” kata penyelidik Amnesty Marie Forestier

“Pada setiap peringkat, dari tangkapan sehingga kepada soal siasat, penahanan dan pendakwaan dalam perbicaraa­n yang tidak adil, pihak berkuasa Lubnan dengan jelasnya tidak mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabang­sa.”

Lubnan menyatakan ia menerima seramai 1.5 juta rakyat Syria, hampir sejuta daripada mereka telah disenaraik­an sebagai pelarian dengan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

Sembilan daripada 10 rakyat Syria di Lubnan hidup dalam kemiskinan ekstrem, jelas PBB.

Pihak berkuasa Lubnan secara sistematik mendesak rakyat Syria agar pulang walaupun kumpulan hak asasi memberikan amaran bahawa Syria masih belum selamat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia