Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa orang ditembak mati di kedai runcit Colorado

-

BOULDER: Beberapa orang termasuk seorang anggota polis terbunuh kelmarin apabila seorang lelaki bersenjata menyerang sebuah kedai runcit di wilayah barat Colorado, Amerika Syarikat (AS), kata polis tanpa menjelaska­n kemungkina­n motif penyerang tersebut.

Seorang suspek telah tercedera dan berada dalam tahanan, komander polis Boulder Kerry Yamaguchi memberitah­u wartawan, selepas insiden di King Sooper’s Grocery di Boulder, kirakira 30 batu (50 kilometer) barat laut ibu negeri wilayah Denver.

“Kami mempunyai beberapa orang yang terbunuh dalam insiden ini. Serta saya memohon maaf untuk menyatakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah anggota polis Boulder,” Yamaguchi memberitah­u wartawan.

Ketika diminta agar memberikan satu jumlah yang lebih spesifik, jurucakap polis itu menjawab: “Kami masih memproses tempat kejadian.”

Rakaman video yang distriming secara langsung menunjukka­n seorang lelaki kulit putih berusia pertengaha­n, tidak memakai baju dan kelihatan berlumuran dengan darah, telah ditahan oleh polis dan dibawa keluar dari kedai, namun Yamaguchi tidak mengesahka­n bahawa lelaki itu sememangny­a orang yang berada dalam tahanan.

Beberapa saksi di dalam kedai pada masa kejadian tembakan, yang berlaku hanya sebelum jam 3 petang waktu tempatan, menyatakan mereka telah mendengar beberapa das tembakan sebelum melarikan diri melalui pintu belakang.

Polis menyatakan mereka tiba beberapa minit selepas panggilan 911 dan berjaya memasuki bangunan “dengan sangat cepat”.

“Pada ketika itu, satu-satunya pihak yang tercedera yang kami sedari adalah suspek sahaja. Kami tahu tiada kecederaan serius lain pada masa sekarang,” kata Yamaguchi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BANTU: Anggota polis membantu salah seorang mangsa selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di King Sooper’s Grocery di Boulder, Colorado kelmarin.
— Gambar AFP BANTU: Anggota polis membantu salah seorang mangsa selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di King Sooper’s Grocery di Boulder, Colorado kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia