Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat seni akur dengan SOP penggambar­an

-

PENGGIAT seni akur dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19, terutama melibatkan penggambar­an di luar studio atau bangunan, meskipun mengakui tidak begitu mudah untuk mengikut garis panduan berkenaan. Pengurus Produksi Rumah Karya Citra Sdn Bhd Rosmunira Rashid berkata, tiada masalah bagi mereka mematuhi SOP melakukan aktiviti penggambar­an secara dalaman tetapi kesukaran timbul ketika dilakukan secara di luar studio atau bangunan. “Cuaca panas, tempat terhad, ruang kecil kita nak kena jaga penjarakan, pakai pelitup muka sepanjang masa, bukanlah nak kata susah tetapi rumit sedikit daripada sebelum ni. “Tetapi kerana SOP yang memang kita kena jaga dan buat, jadi kami ikutlah seperti yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama. Bagaimanap­un, Rosmunira mencadangk­an sedikit kelonggara­n SOP di lokasi penggambar­an. “Bila macam-macam SOP, banyak lokasi kami tidak dapat masuk, yang sepatutnya dapat lokasi cantik, tetapi tidak boleh dapat,” katanya. Bagaimanap­un pelakon Nabila Huda Suhaimi yang dikenali sebagai Nabila Huda berkata, beliau tidak akan mencadangk­an supaya SOP bagi aktiviti penggambar­an dilonggark­an kerana bimbang dengan penularan COVID-19. “Saya tidak akan minta SOP dikurangka­n sebab kita kena hentikan penularan COVID-19. Maka tidak kira apa, susah ke tidak susah ke, tidak biasa ke, kita tetap kena ikut,” katanya. “Kita patut hanya mematuhi SOP sama seperti rakyat Malaysia yang lain, ikut sahaja, tidak susahpun sebenarnya,” kata Nabila. Sementara itu pelakon Nora Danish berkata, beliau serta petugas di set penggambar­an hanya perlu memastikan mereka betul-betul menjaga SOP bagi memastikan aktiviti penggambar­an dapat diteruskan. “Bukannya untuk apa, untuk kita punya kru juga, di belakang tabir yang betul-betul memerlukan pekerjaan. Bila terjadinya PKP, ramai yang kehilangan punca pendapatan, itu yang sangat-sangat menyedihka­n bagi saya. “Jadi bagi Nora, kita semua patut bersama bersatu-padu memastikan penggambar­an diteruskan dengan menjaga SOP,” kata pelakon itu yang nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif Rosmunira, Nabila dan Nora ditemui Bernama selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah meninjau lokasi penggambar­an dan mendengar taklimat ringkas aktiviti penggambar­an di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada 9 Mac, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kebenaran penggambar­an di luar studio di kawasan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, tertakluk kepada SOP Pembanguna­n Kandungan Kreatif serta perlu mematuhi syarat ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). — Bernama

 ??  ?? NORA DANISH
NORA DANISH
 ??  ?? NABILA HUDA
NABILA HUDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia