Utusan Borneo (Sabah)

JKDM patahkan cubaan seludup dadah bernilai RM5.2 bilion

Rampasan dadah terbesar dalam sejarah JKDM, kata Abdul Latif

-

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup tiga kontena mengandung­i pil Captagon bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Mac lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata rampasan itu yang merupakan rampasan dadah terbesar dalam sejarah JKDM, dilakukan sepasukan anggota daripada Cawangan Narkotik Kastam yang menemukan 94.8 juta biji pil dengan berat keseluruha­n dianggar 16 tan di dalam lereng-lereng roda.

“Saya difahamkan setiap satu castor (lereng-lereng roda) mengandung­i sebanyak 1,000 pil. Sebiji pil itu bernilai lebih kurang RM54, maknanya satu castor bernilai RM54,000,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Untuk rekod, sepanjang tahun lepas, JKDM merampas 2.86 tan dadah bernilai RM117 juta, manakala pada 2019 pula agensi itu menyita 4.75 tan (RM790 juta), sementara pada 2018 ia merampas 3.35 tan dadah bernilai RM160 juta.

Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata siasatan awal mendapati kontena terbabit tiba dari negara Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

Menurutnya, JKDM sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang di sebalik penghantar­an dadah berkenaan yang dipercayai membabitka­n sindiket antarabang­sa.

Siasatan juga dijalankan sekiranya sindiket turut melibatkan rakyat tempatan, katanya.

Abdul Latif berkata rampasan tersebut adalah hasil kerjasama dengan Polis Dira

Saya difahamkan setiap satu castor (lereng-lereng roda) mengandung­i sebanyak 1,000 pil. Sebiji pil itu bernilai lebih kurang RM54, maknanya satu castor bernilai RM54,000. Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir Ketua Pengarah Kastam

ja Malaysia dan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi.

Beliau berkata kes disiasat menurut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ??  ?? HASIL RAMPASAN: Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bersama rampasan pil Captagon disyaki mengandung­i dadah jenis Amphetamin­e sebanyak 94.8 juta pil dengan berat anggaran 16 tan pada sidang media di Ibu Pejabat Cawangan Narkotik JKDM, semalam.
HASIL RAMPASAN: Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bersama rampasan pil Captagon disyaki mengandung­i dadah jenis Amphetamin­e sebanyak 94.8 juta pil dengan berat anggaran 16 tan pada sidang media di Ibu Pejabat Cawangan Narkotik JKDM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia