Utusan Borneo (Sabah)

Polis nafi penunggang motosikal disaman kerana lesen LKM tamat tempoh

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) menafikan seorang penunggang motosikal dikenakan tindakan saman atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tetapi kerana gagal mempamerka­n LKM.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata penunggang berkenaan dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 20(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 di Kilometer 11.9 Jalan Labohan Dagang-Nilai semasa sekatan jalan raya pada Jumaat lepas, 8.45 malam.

Beliau berkata hasil semakan mendapati LKM dan insurans motosikal terbabit masih sah tetapi lesen memandu penunggang motosikal iaitu orang kena saman (OKS) telah tamat tempoh pada 26 Dis tahun lepas dan hanya nasihat sahaja diberikan polis.

“Adalah tidak menjadi kesalahan pegawai polis tersebut mengeluark­an saman bagi kesalahan tidak pamer LKM kerana ia tidak termaktub seperti mana arahan Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT) yang memberikan pengecuali­an untuk pembaharua­n LKM dan lesen memandu kompeten (CDL) yang tamat tempoh pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bermula 1 Feb hingga 31

Mac 2021. Semasa kejadian tiada sebarang bukti dokumen LKM dan insurans (e-cover note atau e-nota perlindung­an insurans) ditunjukka­n oleh OKS seperti mana yang dinyatakan oleh pihak Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (Perwatam),” katanya dalam kenyataan semalam.

Azisman berharap penjelasan ini dapat menjernihk­an kekeliruan yang timbul dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib.

Semalam, media tempatan melaporkan Perwatam mempertika­ikan tindakan polis menyaman seorang lelaki kerana gagal mempamerka­n LKM, Jumaat lepas.

Pengerusin­ya, Hishamuddi­n Abd Aziz, dalam kenyataan dilaporkan berkata lelaki terbabit yang juga pelanggan Perwatam, dikatakan telah menunjukka­n bukti e-nota perlindung­an insurans dan memaklumka­n kepada pihak polis mengenai pengecuali­an pembaharua­n LKM itu.

Namun, beliau berkata pegawai polis tersebut didakwa memaklumka­n LKM perlu juga diperbahar­ui dan dipamerkan sebelum mengeluark­an saman atas kesalahan tidak mempamerka­n LKM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia