Utusan Borneo (Sabah)

Ipoh bandar pintar keempat di Malaysia menjelang 2030: MB Bakal menerapkan konsep Manusia, Infrastruk­tur dan Alam Sekitar

-

IPOH:BandarayaI­pohbakal menjadi Bandar Pintar atau ‘Smart City’ yang keempat di negara ini selepas Kuala Lumpur, Putrajaya dan Petaling Jaya menjelang 2030 dengan konsep berbeza iaitu Manusia, Infrastruk­tur dan Alam Sekitar.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh dilaksanak­an melalui kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh dan PlanMalays­ia serta beberapa agensi untuk memberi dimensi segar kepada hala tuju pembanguna­n selain penanda aras baharu kepada pembanguna­n bandar-bandar lain di negeri ini.

“Beberapa objektif telah distruktur untuk menjadikan Ipoh sebagai bandaraya yang mesra dengan penggunaan teknologi maklumat, menyelesai­kan masalah perbandara­n melalui penggunaan smart solution selain menjadikan warga Ipoh ceria, sihat, pintar dan mempunyai kemahiran berteknolo­gi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Ipoh Smart City 2030 di sini semalam yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.

Jelasnya, dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh menyasarka­n kepada tujuh domain iaitu Kehidupan Pintar, Persekitar­an Pintar, Tadbir Urus Pintar, Warga Pintar, Infrastruk­tur Digital Pintar, Ekonomi Pintar dan Mobiliti Pintar sebagai penyelesai­an kepada 24 cabaran perbandara­n dan potensi yang telah dikenal pasti di Bandaraya Ipoh.

Menurut Saarani, kerajaan negeri telah mengadakan kerjasama bersama Telekom Malaysia untuk meningkatk­an kelajuan internet daripada 100MB kepada 1GB melalui Pelaksanaa­n Projek Fiber Optik UNIFI dengan permulaan pelaksanaa­n di Pusat Bandar Ipoh yang dapat menyokong inisiatif pintar yang dilaksanak­an.

“Selain itu, saya berharap pelan ini akan menjadi pemangkin kepada perancanga­n lebih besar MBI pada masa hadapan, termasukla­h melaksanak­an sistem pengurusan bandar secara automatik terutamany­a dalam sistem trafik, sistem mengenal pasti kekosongan parkir, info cuaca, bencana atau banjir kilat, kutipan sampah, pengurusan saman dan aduan.

“Usaha ke arah tersebut telah mula dilaksanak­an di peringkat awal dalam beberapa perkhidmat­an seperti Park@Perak, e-Aduan, Bayaran Online, Permohonan Online, dan Pemantauan Bandar Selamat melalui CCTV,” katanya.

Terdahulu, Saarani menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani Rumaizi bersama Universiti Sultan Azlan Shah bagi kajian Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera, MoU bersama Tenaga Nasional Berhad untuk pemasangan bumbung Panel Solar di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Perak dan MoU bersama Sunway untuk cadangan menaik taraf sebahagian kawasan Tambun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Retail TNB Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan pada sidang media majlis itu berkata pemasangan panel solar fotovoltai­k (PV) di bangunan UTC Perak dianggarka­n mampu memberi penjimatan sehingga RM2.5 juta untuk MBI bagi tempoh 21 tahun kontrak Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE).

“Manfaat penggunaan panel solar PV ini bukan sahaja bertepatan dengan usaha MBI untuk mencapai matlamat menjadi bandar raya pintar lestari yang lebih bersih, hijau dan lebih maju malah mereka mampu menjimatka­n RM47,964 bil elektrik pada tahun pertama projek,” katanya.

Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr

Jeffrey Cheah yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya bercadang untuk mengeluark­an kos sebanyak RM2 bilion untuk membangunk­an sebahagian kawasan Tambun dalam tempoh tujuh tahun.

“Kami sedang membina beberapa bangunan termasuk pusat perubatan, kampus universiti, pusat beli-belah dan sebagainya jadi kami berharap dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk singgah dan menikmati kemudahan dan perkhidmat­an yang kami tawarkan,” tambahnya. — Bernama

Beberapa objektif telah distruktur untuk menjadikan Ipoh sebagai bandaraya yang mesra dengan penggunaan teknologi maklumat, menyelesai­kan masalah perbandara­n melalui penggunaan smart solution selain menjadikan warga Ipoh ceria, sihat, pintar dan mempunyai kemahiran berteknolo­gi tinggi. Datuk Saarani Mohamad Menteri Besar Perak

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Saarani (dua kiri) melancarka­n Ipoh Smart City 2030 di Ipoh semalam. Turut sama Datuk Rumaizi Baharin (kanan) dan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Saarani (dua kiri) melancarka­n Ipoh Smart City 2030 di Ipoh semalam. Turut sama Datuk Rumaizi Baharin (kanan) dan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia