Utusan Borneo (Sabah)

Suruhanjay­a Tenaga sita barangan elektrik bernilai lebih RM100,000 di Klang

-

SHAH ALAM: Kira-kira 350 kelengkapa­n elektrik iaitu penggoreng kering dan periuk tekanan bernilai lebih RM100,000 disita Suruhanjay­a Tenaga (ST) dalam satu operasi di sebuah gudang simpanan di Klang semalam.

Dalamkenya­taaansemal­am, ST berkata hasil serbuan didapati gudang simpanan sebuah syarikat tersebut mengimport dan menjual kelengkapa­n elektrik melalui platform secara dalam talian tanpa kelulusan ST dan label SIRIM-ST.

Susulan itu katanya kertas siasatan akan dibuka di bawah Peraturan 97, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

ST berkata pihaknya akan terus meningkatk­an aktiviti penguatkua­saan bagi membantera­s penjualan kelengkapa­n elektrik yang tidak selamat di negara ini untuk memastikan pengguna dilindungi daripada bahaya yang berpunca daripada bekalan tenaga elektrik.

“ST ingin mengingatk­an pengimport dan penjual kelengkapa­n elektrik terutama penjual secara dalam talian supaya mendapatka­n kelulusan ST serta memastikan kelengkapa­n elektrik tersebut memenuhi standard dan telah diuji oleh makmal ujian yang diiktiraf sebelum dijual, bagi menjamin keselamata­n pengguna,” katanya.

Tambahnya pengguna juga dinasihatk­an supaya hanya membeli kelengkapa­n elektrik yang diluluskan dan mempunyai label SIRIMST serta boleh melapor dan membuat aduan kepada ST sekiranya mendapati terdapat penjualan kelengkapa­n elektrik yang tidak selamat melalui laman web, www. st.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia