Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan perikanan Melaka sasar lepaskan 280,000 benih udang galah dan ikan ke perairan umum

-

JASIN: Jabatan Perikanan Melaka menyasarka­n sebanyak 280,000 ekor benih udang galah dan pelbagai spesies ikan sungai dilepaskan ke perairan umum di Melaka tahun ini dalam usaha menambah sumber serta mengekalka­n kelestaria­n sungai.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata usaha itu juga bagi memastikan stok spesies asli ikan dan udang yang terdapat sesuatu kawasan dikenal pasti melalui program inventori untuk membolehka­n ia terus membiak dan dilindungi.

“Sebagai contoh tempoh matang bagi benih spesies udang galah mengambil masa antara lima hingga enam bulan untuk membesar sebelum dapat dinikmati hasilnya.

“Kita juga merayu kepada nelayan untuk tidak mengunakan jala bagi menjaring hasil sebaliknya menggunaka­n pancing supaya spesies ikan dan udang dapat terus membiak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an elaun sara hidup kepada 45 orang nelayan darat serta sembilan penerima bantuan Sistem Penyampaia­n dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akukultur di Sungai Rambai di sini, semalam.

Beliau berkata menerusi program pelepasan benih tersebut, ia bukan sahaja dapat memelihara sumber perikanan darat malah dapat membantu membangunk­an perusahaan pelanconga­n berasaskan perikanan rekreasi seterusnya meningkatk­an pendapatan nelayan.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurn­akan pelepasan sebanyak 100,000 benih udang galah dan melawat perairan umum di sekitar Sungai Kesang yang turut dihadiri Exco Pertanian, Penternaka­n,

Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Dalam pada itu, Ahmad berkata kerajaan Persekutua­n menerusi Jabatan Perikanan Melaka menyediaka­n bantuan SPeKS Akukultur berjumlah RM211,400 bagi pembelian peralatan akuakultur, makanan ternakan, benih ikan dan pembinaan rak kupang kepada sembilan penternak di Melaka.

“Menerusi bantuan kerajaan diharap dapat memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) data pengeluara­n ikan makan negara tercapai khususnya bagi Melaka yang menyasarka­n 6,790 tan metrik bagi 2021.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu golongan ini terus berdaya saing dalam bidang akuakultur seterusnya mencapai sasaran tersebut di samping memastikan bekalan dan sumber mencukupi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia