Utusan Borneo (Sabah)

Perak sedia RM10 juta, bantu B40 bertanah miliki kediaman

-

IPOH: Kerajaan Perak meminta rakyatnya yang berpendapa­tan rendah dan mempunyai tanah yang ingin dibangunka­n dengan kediaman sendiri namun tiada kemampuan agar memohon kepada Yayasan Perak untuk membina rumah menerusi projek Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata sebanyak RM10 juta diperuntuk­kan di bawah proram itu yang dilaksanak­an melalui Syarikat Perumahan Negara

Berhad (SPNB).

“Pemohon boleh memohon pinjaman tanpa faedah melalui skim ini. Yayasan Perak akan meneliti dan menyemak permohonan mengikut syarat ditetapkan iaitu ada tanah sendiri, dalam golongan B40 dan juga golongan pertengaha­n yang mungkin ada pekerjaan tetapi tidak mampu membuat pinjaman perumahan.

“Peruntukan (RM10 juta) itu akan membantu SPNB membina tambahan 181 unit ‘RMR Perakku Prihatin’ berbanding 240 unit yang disasarkan pada tahun ini di Perak,” katanya selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) RMR Perak, di sini semalam.

MoU itu ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Hasleen Isnin, Pengerusi Yayasan Perak Datuk Tarmizi Idris dan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak Datuk Jamaluddin Abdul Rahim.

Mengulas lanjut, Saarani berkata penglibata­n PKMM akan memastikan kelancaran pembinaan rumah oleh kontraktor Kelas F di bawah naungan persatuan itu.

“Ini merupakan situasi menang-menang bagi kesemua yang terlibat, iaitu rakyat dapat rumah pada harga berpatutan dan kadar bayaran balik yang rendah, manakala kontraktor mendapat projek sementara SPNB dan Yayasan Perak pula menyempurn­akan tanggungja­wab masing-masing,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RONDA: Anggota Pasukan Gerakan Am Batalion 3 PGA, membuat rondaan menjaga sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.
— Gambar Bernama RONDA: Anggota Pasukan Gerakan Am Batalion 3 PGA, membuat rondaan menjaga sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia