Utusan Borneo (Sabah)

Semua jambatan di Sarawak tidak dikenakan tol

Ia sejajar dengan hasrat bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem, kata Abang Johari

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Semua jambatan yang menyeberan­gi sungai di negeri ini tidak akan dikenakan tol sejajar dengan hasrat bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri tidak akan mengenakan tol meskipun perkhidmat­an feri di Sarawak akan berhenti beroperasi apabila jambatan siap kelak.

“Tidak akan ada tol untuk semua jambatan di sepanjang jalan pesisir. Tidak akan ada lagi feri dan yang pastinya tidak ada tol.

“Itulah yang akan ditunaikan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso di Sebuyau di sini, semalam.

Abang Johari berkata, semua jambatan di sepanjang jalan pesisir dibiayai kerajaan negeri kecuali Jambatan Sadong dan Samarahan yang ditanggung kerajaan persekutua­n (dahulu) di bawah Barisan Nasional (BN).

“Seperti yang anda ketahui, dahulu ada seorang menteri kanan mengatakan Sarawak akan muflis dalam masa tiga tahun kerana apa yang kita usahakan dengan menghabisk­an wang kita (untuk pembanguna­n). Sudah tentu, beliau tidak tahu apa yang saya lakukan.

“Lihat sahaja Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang mana kita mempunyai hak tertentu atas minyak dan gas.

“Dan kita tetap meneruskan kes itu (hak minyak dan gas) di mahkamah dan mahkamah jelas memihak kepada kita, ”katanya.

Abang Johari berkata melalui pendapatan tambahan yang diterima daripada Cukai Jualan Negeri (SST), ia akan digunakan dari semasa ke semasa untuk memajukan Sarawak.

“Pada masa sama, saya telah memaklumka­n bahawa saya ingin menubuhkan dana negeri untuk masa depan kita semua,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Abang Johari berkata terdapat cabaran dalam pembinaan Jambatan Batang Lupar berserta jambatan lain kerana kos yang tinggi.

Namun katanya, kerajaan negeri dapat mencari dana untuk membangunk­an Sarawak meskipun kerajaan persekutua­n yang ditadbir

Pakatan Harapan (PH) dahulu membatalka­n projek-projek tersebut.

“GPS akan terus membangunk­an kawasan luar bandar kerana ia perlu dibangunka­n dan ini merupakan tanggungja­wab kita.

“Manfaatnya, kita dapat membuka bidang baharu dan mengembang­kan sosioekono­mi masyarakat. “Dengan adanya perhubunga­n, anakanak muda dapat berkembang dalam pelbagai bidang seperti pertanian moden.

“Malah, kita juga akan menambah baik akses jalur lebar dan semua ini sedang dilaksanak­an,” katanya.

Abang Johari berkata, sasaran GPS adalah untuk masa depan anak-anak Sarawak, tetapi untuk menjamin masa depan mereka, persekitar­an dan kemudahan mesti berada dalam keadaan terbaik.

“Syukur kita mempunyai kestabilan dan persefaham­an di antara kita kerana kita mempunyai satu objektif iaitu membangunk­an negeri ini sebagai negeri termaju menjelang 2030.

“Disebabkan itu, kita perlu meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur asas, elektrik, air dan pendidikan,” katanya.

Tidak akan ada tol untuk semua jambatan di sepanjang jalan pesisir. Tidak akan ada lagi feri dan yang pastinya tidak ada tol. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? RASMI: Abang Johari melakukan simbolik Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso semalam.
— Gambar Roystein Emmor RASMI: Abang Johari melakukan simbolik Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia