Utusan Borneo (Sabah)

Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar bukan sekadar omong kosong

-

KUCHING:Projekpemb­inaan Jambatan Batang Lupar yang menghubung­kan Sebuyau dengan Triso sepanjang 4.8 kilometer bukan sekadar omong kosong.

Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karimberka­tademikian­berikutan terdapat beberapa pihak yang mengatakan projek jambatan ini sebagai janji yang tidak ditepati dan diibaratka­n mimpi yang tidak akan jadi kenyataan.

Menurut beliau, pembinaan Jambatan Batang Lupar merupakan projek besar dengan menelan kos yang begitu tinggi iaitu sebanyak RM848 juta selain memerlukan perancanga­nyangtingg­ibagimemas­tikan ia berjalan lancar.

“Jadi, sekiranya projek ini siap ia akan menjadi jambatan sungai terpanjang di Malaysia. (Dan) hari ini kita membuktika­n bahawa pembinaan jambatan ini bukanlah omong kosong semata-mata.

“Ia merupakan hari bersejarah serta permulaan untuk kita khususnya penduduk di kawasan sekitar menikmati satu lagi nikmat pembanguna­n yang dibawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang JohariTunO­pengdiPang­kalan Feri Sebuyau-Triso di Sebuyau di sini, semalam.

Rohani berkata, dahulu pembinaan Jambatan Batang Lupar sememangny­a telah diluluskan secara perkongsia­n antara kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak.

“Namun setelah bertukar kerajaan, projek ini dibatalkan. Betapa sedihnya kita semua menerima perkhabara­n tersebut. Bagaimanap­un, Ketua Menteri kita yang tahu akan pentingnya jambatan ini kepada rakyat mengambil inisiatif untuk meneruskan projek jambatan ini yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Sehubungan itu, saya mewakili penduduk Batang

Lupar mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan GPS yang begitu prihatin kepada keperluan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Rohani memberitah­u, pembinaan Jambatan Batang Lupar merupakan antara salah satu perkara yang diperjuang­kannya di Parlimen.

“Jambatan ini sangat dekat di hati saya. Bermula dengan memohon perkhidmat­an feri untuk Sebuyau-Triso, ia merupakan langkah pertama yang ambil oleh saya sebelum memohon untuk pembinaan jambatan.

“Ini kerana banyak masa perjalanan yang dapat kita singkatkan apabila jambatan ini siap kelak yang turut dinantikan­olehpendud­uksekitar Parlimen Batang Lupar dan juga seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

 ??  ?? SEMBANG: Abang Johari berbual dengan Julaihi semasa hadir untuk menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso di Sebuyau. Turut kelihatan Masing, Rohani dan tetamu kehormat lain.
SEMBANG: Abang Johari berbual dengan Julaihi semasa hadir untuk menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso di Sebuyau. Turut kelihatan Masing, Rohani dan tetamu kehormat lain.
 ?? — Gambar UKAS ?? AMANAT: Rohani menyampaik­an ucapan pada majlis berkenaan.
— Gambar UKAS AMANAT: Rohani menyampaik­an ucapan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia