Utusan Borneo (Sabah)

Jalan diperlukan di kawasan pesisir bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat

-

KUCHING: Pembinaan jalan atau laluan di sepanjang kawasan pesisir pantai amat diperlukan bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ini kerana kira-kira 65 peratus penduduk negeri ini tinggal di kawasan pesisir pantai.

“Maka itu, kita perlu membina lebih banyak jalan di kawasan pesisir.

“Lebih banyak jalan, bermaksud lebih banyak jambatan perlu dibina kerana perlu merentasi sungai yang lebar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata, terdapat 11 jambatan besar yang perlu dibina bagi menghubung­kan sepanjang laluan jalan pesisir.

Beliau berkata, ia merangkumi Jambatan Batang Rambungan, Jambatan Sejingkat, Jambatan Sungai Krian, Jambatan Batang Lupar 1, Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Batang Rajang, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Batang

Igan, Jambatan Bintulu-Jepak dan Jambatan Batang Saribas.

“Jambatan-jambatan ini dibina dengan kos hampir RM4 bilion.

“Meskipun memerlukan kos yang sangat besar, kita mesti membinanya (jambatan) kerana jika tidak, 65 peratus penduduk Sarawak akan terus terpinggir,” katanya.

Masing berkata kementeria­nnya amat bertuah kerana Ketua Menteri setuju dengan cadangan dan kerja keras mereka untuk mencari dana bagi membina jambatan ini.

“Membina jambatan adalah separuh daripada tugas yang telah dilaksanak­an. Tugas berikutnya untuk Ketua Menteri mencari peruntukan agar dapat membina jalan bagi menghubung­kan jambatan ini. Sekiranya langkah ini tidak diambil, pembinaan jambatan tersebut tidak dapat dilaksanak­an.

“Manakala pembinaan jalan-jalan yang terletak di atas tanah gambut dan paya yang menghubung­kan jambatan adalah satu lagi cabaran bagi kementeria­n saya.

“Jambatan panjang di muara sungai dan jalan penghubung yang menghampir­i jambatan ini merupakan cabaran fizikal dan kewangan bagi kerajaan kita.

“Namun, kita bertuah kerana Ketua Menteri tahu bagaimana untuk menjana pendapatan daripada aset minyak dan gas untuk menyediaka­n dana yang diperlukan untuk membina jalan raya dan 11 jambatan tersebut,” jelas beliau.

Masing berkata, jumlah kos untuk membina 11 jambatan besar tersebut yang merangkumi sungai-sungai dan jalan untuk menghubung­kannya tidak kurang daripada RM11 bilion.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? KEMUDAHAN: Masing menunjukka­n model Jambatan Batang Lupar kepada Abang Johari.
— Gambar Roystein Emmor KEMUDAHAN: Masing menunjukka­n model Jambatan Batang Lupar kepada Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia