Utusan Borneo (Sabah)

Dasar pembanguna­n bandar raya perlu rangka strategi daya tahan Langkah perlu bagi menghadapi sebarang kejutan pada masa hadapan

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bertitah amalan dan dasar pembanguna­n bandar raya di seluruh negara perlu merangkumi strategi baharu dengan menitikber­atkan elemen kesiagaan serta daya tahan.

Titah Seri Paduka, langkah itu perlu dalam menghadapi sebarang kejutan pada masa hadapan sama ada bencana alam mahupun krisis ekonomi serta pandemik.

“Justeru, bandar raya di Malaysia hendaklah mempunyai daya ketahanan ataupun resilience yang tinggi bagi menghadapi apa jua kemungkina­n,” titah Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021 di Istana Negara, semalam.

Bagimencap­aimaksudte­rsebut, Yang di-Pertuan Agong bertitah adalah wajar kerajaan memberi tumpuan kepada peningkata­n kualiti persekitar­an, menggubal strategi pengurusan kepadatan penduduk yang mampan dan menitik berat pengurusan perbandara­n dinamik menerusi integrasi antara semua agensi.

Titah Al-Sultan Abdullah, penggunaan teknologi pintar turut berupaya memberi kesinambun­gan kepada infrastruk­tur kritikal semasa berhadapan bencana dan krisis.

Seri Paduka bertitah bandar raya di seluruh dunia juga telah mempelajar­i akan risiko penularan virus dalam ruangan tertutup dan sempit.

Justeru, titah baginda, pejabat dan bangunan pada masahadapa­nperludire­kacipta dengan menerapkan elemen cara hidup yang lebih selamat, kondusif dan praktikal.

“Natijahnya, setiap krisis yang dihadapi akan berupaya melemahkan daya tahan ekonomi dan fabrik sosial sebuah bandar raya.

“Justeru, negara memerlukan perubahan dan pendekatan yang realistik serta proaktif bagi menangani impak yang sedang dihadapi dan juga persediaan untuk hari-hari mendatang,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka turut menyambut baik usaha kerajaan merangka pelan struktur baharu bagi bandar raya Kuala Lumpur dengan visi untuk menjadikan ibu kota itu sebagai ‘Bandar Untuk Semua’.

Sementara itu, Yang diPertuan Agong dalam titah baginda mengingatk­an setiap rakyat di negara ini untuk sentiasa berusaha membuat amal kebaikan sesama manusia serta berbakti kepada masyarakat dan negara dengan sepenuh keikhlasan hati.

Titah Seri Paduka sikap berbuat baik dan menabur khidmat bakti kepada negara tanpa mengharapk­an pujian atau balasan duniawi adalah menjadi tuntutan setiap agama di dunia ini.

“Tanpa sikap ini, negara akan porak-peranda bukan kerana angkara musuh durjana tetapi ia adalah kerana sikap kita yang asyik bertelingk­ah sesama kita untuk merebut tempat dan pangkat, serta gagal untuk berbakti, serta mencurahka­n kesetiaan setulus hati kepada negara tanah tumpahnya darah kita,” titah Al-Sultan Abdullah. — Bernama

Justeru, negara memerlukan perubahan dan pendekatan yang realistik serta proaktif bagi menangani impak yang sedang dihadapi dan juga persediaan untuk hari-hari mendatang. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTITAH: Al-Sultan Abdullah R berkenan menyampaik­an titah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021 di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERTITAH: Al-Sultan Abdullah R berkenan menyampaik­an titah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021 di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia