Utusan Borneo (Sabah)

Ras Adiba berazam terus komited memperkasa­kan golongan OKU

-

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi yang dianugerah­kan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) semalam, berazam untuk terus komited memperkasa­kan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pelbagai kategori.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah antara 41 individu menerima darjah kebesaran itu yang membawa gelaran Datuk, pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021, di Istana Negara.

Darjah kebesaran itu dikurniaka­n oleh Yang di-Pertuan

Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketika ditemui selepas istiadat itu, Ras Adiba menzahirka­n kesyukuran atas penganuger­ahan tersebut yang turut ditujukan kepada para sahabat OKU.

“Saya bersyukur diberi penghormat­an ini dan semestinya ia bukan untuk diri saya sahaja tapi juga untuk sahabat OKU di luar sana.

“Selepas ini saya akan lebih bersemanga­t memperjuan­gkan hak-hak kami serta memperkasa­kan kumpulan ini dalam semua kategori OKU di negara kita,” katanya.

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata kesedaran orang awam terhadap golongan OKU perlu dipertingk­atkan agar dapat bersama-sama menyokong komuniti berkenaan.

Beliau berkata ia termasuk menyediaka­n infrastruk­tur yang baik bagi menyokong keperluan mereka.

“Selain itu, dari segi pendidikan, kita nak memastikan agar tiada golongan OKU yang ketinggala­n dan melalui pendidikan akhirnya dapat memberikan pekerjaan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata intervensi awal kepada anak OKU juga merupakan aspek penting yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan golongan itu dapat dibantu dengan keperluan khidmat doktor pakar. — Bernama

 ??  ?? BERAZAM: Ras Adiba dikurniaka­n darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021 di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama
BERAZAM: Ras Adiba dikurniaka­n darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021 di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia