Utusan Borneo (Sabah)

Agong kurnia 143 Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 143 individu bersempena Hari Wilayah Persekutua­n 2021 di Istana Negara semalam.

Mendahului­senaraipen­erima istiadat sesi pertama, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dianugerah­kanDarjahK­ebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah

SUMW ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, 15 individu dianugerah­kan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n DatukSeriR­osidaJaafa­r,Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, TimbalanKe­tuaPengara­hPerkhidma­tan

Awam (Pembanguna­n) Jabatan Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Suhaime Mahbar, Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan turut menerima darjah kebesaran SMW.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi antara 41 penerima darjah Panglima MahkotaWil­ayah(PMW)yang membawa gelaran Datuk.

Penerima PMW lain termasuk Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju dan TimbalanMe­nteriPerus­ahaan, Perladanga­n dan Komoditi Datuk Willie Mongin.

Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup juga antara penerima PMW.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidik­an dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) DatukDrCho­ngCheeKheo­ng, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Wan Saiful Wan Jan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz dan penggiat seni serta budaya Datuk Habsah Hassan turut menerima darjah PMW. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Zafrul (kanan) dan Wan Rosdy dikurniaka­n Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n Tahun 2021 di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Zafrul (kanan) dan Wan Rosdy dikurniaka­n Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n Tahun 2021 di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia