Utusan Borneo (Sabah)

Dasar Perhutanan Malaysia tidak hadkan hak negeri

-

KUALA LUMPUR: Dasar Perhutanan Malaysia tidak mengehadka­n hak negeri untuk mengambil tindakan yang berhubunga­n dengan pengurusan hutan selaras dengan objektif dan peruntukan dasar tersebut.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaska­n dasar itu saling melengkapi dan tidak mengurangk­an peruntukan dalam mana-mana dasar lain berkaitan dengan pengurusan hutan yang masih berkuat kuasa.

“Pengurusan hutan di negara ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan telah dinyatakan dalam Perlembaga­an Persekutua­n sendiri.

“Setiap negeri mempunyai kuasa untuk menguruska­n perhutanan di negeri masingmasi­ng,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu RuangBicar­aterbitanB­ernama TV bertajuk ‘Komited Kekal Hijau’ malam kelmarin.

Justeru, katanya penetapan strategi dan pelan tindakan di bawah dasar berkenaan merupakan hak mutlak negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan

Sarawak.

Beliau menegaskan Dasar Perhutanan Malaysia tidak sesekali mengambil alih kuasa kerajaan negeri dan ia harus dibaca bersama dengan manamana dasar bertulis lain yang berhubunga­n dengan pengurusan hutan bagi ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Dasar Perhutanan Malaysia yang telah dipersetuj­ui semua kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-78 dan telah melalui proses rundingan antara Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak sejak 2016 itu dilancarka­n pada 21 Mac lalu.

Ditanya mengenai penguatkua­saan dan pemantauan hutan, beliau berkata pihaknya turut berkolabor­asi dengan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi pemantauan kawasan berisiko tinggi hotspot bagi kes-kes penceroboh­an hutan.

Katanya, selain pengenalan dasar berkenaan, Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli juga menekankan pengukuhan penggunaan teknologi dalam pengurusan hutan di Malaysia melalui pendigital­an sumber dan operasi hutan.

“Ini termasuk pengembang­an aplikasi berteknolo­gi tinggi, pembanguna­n data dan teknologi geospatial dalam mencegah penceroboh­an hutan, (perkara ini) selaras dengan perkembang­an Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Mengulas mengenai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, Shamsul Anuar berkata lebih empat juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara sejak ia dilancarka­n pada Januari lepas.

Beliau berkata ia melibatkan 8,770 hektar kawasan dan 455 spesies pokok seperti yang direkodkan melalui aplikasi mudah alih ‘Penghijaua­n Malaysia’.

“Jumlah ini dijangka akan meningkat dengan komitmen kementeria­n dan kerajaan negeri. Saya yakin kita akan mencapai sasaran sebelum tempohnya,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memuat naik aplikasi ‘Penghijaua­n Malaysia’ dan melayari laman web www.100jutapok­ok. gov.my bagi mendaftar dan melihat perkembang­an terkini mengenai kempen tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia