Utusan Borneo (Sabah)

Kesihatan Mental: Puteri sulung Agong lancar Green Ribbon Group

-

Penaung Antarabang­sa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah telah mengasaska­n perusahaan sosial yang dinamakan, Green Ribbon Group untuk membantu menggerakk­an agenda kesihatan mental di Malaysia.

Green Ribbon Group dalam kenyataan semalam berkata penubuhan itu bertujuan memperkasa­kan pihak berkepenti­ngan yang terlibat dalam meningkatk­an kesedaran mengenai isu kesihatan mental monumen yang sedang dihadapi rakyat ketika ini dalam mewujudkan penyelesai­an yang berdaya maju melalui advokasi, pengumpula­n dana dan kerjasama.

“Tengku Puteri Iman Afzan bersemanga­t dan komited dalam mempromosi­kan kesihatan mental. Beliau percaya, kini lebih daripada sebelum ini, bahawa akses kepada penjagaan kesihatan mental adalah asas dalam memastikan kesejahter­aan masyarakat kita untuk generasi akan datang, memandangk­an peningkata­n tekanan, kebimbanga­n dan kemurungan daripada isu-isu sosioekono­mi yang dihadapi oleh semua akibat pandemik

COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Sebelumini,mediamelap­orkan Tengku Puteri Iman Afzan dilantik sebagai Penaung Antarabang­sa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia selepas menerima jemputan daripada Persekutua­n Kesihatan Mental Dunia baru-baru ini. Naungan diraja Tengku Puteri Iman Afzan itu hingga Oktober 2021.

Menurut kenyataan itu, Tengku Puteri Iman Afzan, yang juga puteri sulung Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaik­an pin reben hijau yang direka semula, kepada pemimpin dalam pelbagai bidang bagi membantu meningkatk­an kesedaran dan penyertaan positif dalam advokasi kesihatan mental.

Penerima pin tersebut termasuk Perdana Menteri Tan

Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

“Malaysia mempunyai peluang unik untuk menyumbang kepada standard global dalam penjagaan kesihatan mental dan ini bermula dengan kesedaran negara dan institusi yang terlibat di sini,” Tengku Puteri Iman Afzan dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha Tengku Puteri Iman Afzan telah diiktiraf Persekutua­n Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia