Utusan Borneo (Sabah)

Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska

-

KUALA BERANG: Seorang penyelia taska dan enam kakak-kanak berdepan detik cemas, apabila seorang lelaki yang bersenjata­kan senapang angin memasuki premis untuk merompak.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi semalam dan suspek telah mengarahka­n mangsa menyerahka­n wang sambil mengacu senapang angin di kepala mangsa.

Beliau berkata mangsa sempat menepis senapang angin itu hingga menyebabka­n suspek melepaskan tembakan, namun terkena pada bahagian lantai dapur taska tersebut.

“Kemudian suspek mengambil beg tangan milik mangsa sehingga berlaku tarik-menarik antara mereka namun suspek berjaya melarikan beg tangan itu.

“Suspek turut memecahkan cermin tingkap nako di bahagian dapur dan melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah, yang nombor pendaftara­nnya belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata suspek tersebut mengambil barangan kemas, wang tunai berjumlah RM4,000, telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memecah masuk ke dalam taska itu melalui pintu belakang.

“Mangsa dan enam kanak-kanak asuhan taska itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya yang meminta orang ramai segera menghubung­i balai polis berhampira­n sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata tajam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia