Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah kekal hukuman penjara, denda bekas KSU KKLW subahat terima rasuah

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalka­n hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta yang dijatuhi ke atas bekas Ketua Setiausaha (KSU)Kementeria­nKemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Mohd Arif Ab Rahman kerana bersubahat menerima rasuah berjumlah SGD$200,000 (RM627,636) berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sandakan, Sabah, pada 2016.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Arif, 64, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Nov 2018.

Aslam turut mengekalka­n hukuman penjara lima tahun dan denda RM9.6 juta yang dikenakant­erhadapana­kMohd Arif, Ahmad Zukhairi, 39, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen sama atas dua pertuduhan meminta dan dua tuduhan menerima suapan wang tunai pada 2016.

Dalampengh­akimanring­kasnya, Aslam berkata Mahkamah Sesyen yang mengendali­kan perbicaraa­n terhadap Mohd Arif tidak terkhilaf dalam membuat keputusan mengenai persubahat­an.

“Mahkamah Sesyen juga telah membuat keputusan yang tepat mengenai elemenelem­en yang perlu dibuktikan bagi kesalahan meminta dan menerima suapan terhadap Ahmad Zukhairi. Dengan ini, saya menolak rayuan terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalka­n keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen,” katanya.

Terdahulu, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin membantah penangguha­n hukuman denda atas alasan ia akan membuka laluan kepada kes-keslaindim­asaakandat­ang untuk memohon penangguha­n bayaran denda, sekiranya denda tidak dapat dibayar.

“Pihakkamif­ahamsekira­nya mereka ingin menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara kerana sekiranya mereka berjaya di peringkat rayuan, hukuman penjara walaupun sehari tidak dapat diganti. Namun, sekiranya kedua-dua tertuduh berjaya di peringkat Mahkamah Rayuan, jumlah denda yang dikenakan akan dibayar semula kepada mereka,” katanya.

Mahkamah kemudianny­a membenarka­n permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM500,000 kepada

RM800,000, bagi setiap seorang.

Mohd Arif didakwa telah bersuhabat dengan anak sulungnya itu untuk menerima suapan tersebut daripada pengarah syarikat, Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh berhubung projek BELB di Sandakan, Sabah.

Perbuatan itu sebagai upah untuk mereka kerana memberi projek BELB Sistem Solar Hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Royal Lake Club, Jalan Cenderamul­ia, di sini pada 4 petang hingga 7 malam, 23 Ogos 2016, mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Akta tersebut memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atauRM10,000mengiku­tmana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu Ahmad Zukhairi juga didakwa meminta daripada Mohd Safian Mohd Salleh suapan dua peratus dari nilai projek sebagai dorongan untuk dirinyadan­ayahnyamel­akukan transaksi untuk membantu syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd mendapatka­n projek bekalan elektrik luar bandar sistem Solar hibrid di enam buah pulau di daerah terpencil Sandakan, Sabah, secara rundingan terus reka dan bina di bawah projek KKLW bernilai RM60 juta.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ahli perniagaan itu juga didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM120,000 daripada Zul Fadli Rozi, sebagai upah bagi dirinya melalukan transaksi iaitu membantu Syarikat HH Global Constructi­on Sdn Bhd mendapatka­n projek cadangan membina dan menyiapkan dataran rekreasi tiga aras dan kerja-kerja berkaitan di Persiaran Tasik Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Dia melakukan perbuatan itu di Permai Golf & Country Club, Danau Permai Resort Bhd, No 1 Jalan 31/100A, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam, Selangor dan di Garden Course Glenmarie Golf & Country Club, No 3 Jalan Usahawan U1/8, Shah Alam, Selangor, antara Ogos dan September 2016, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta serupa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia