Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut bertembung trak polis bawa 29 banduan

-

KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah trak polis yang membawa empat anggota polis dan 29 banduan di Kampung Demit, Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, mangsa Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC telah merempuh sebuah kereta Proton Saga dan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Trak polis itu yang sedang dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa ke pusat kuarantin COVID-19 di Batu Jong, Kuala Krai dari arah bertentang­an tidak sempat mengelak sebelum menggilis sehingga menyebabka­n mangsa terperosok di bawah trak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, rentetan kejadian itu, motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter yang menyebabka­n berlaku kebakaran pada trak polis.

Shafien berkata, kejadian itu juga menyebabka­n trak terbabit terbakar hampir 80 peratus dan mengalami kemusnahan teruk di bahagian enjin.

“Bagaimanap­un semua empat anggota polis dan 29 banduan sempat diselamatk­an dan tidak mengalami kecederaan,” katanya menambah kesemuan tahanan telah dipindahka­n ke sebuah trak lain yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu.

Sehubungan itu, Shafien meminta saksi kejadian agar tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, seorang saksi Zizah Yusoff, 51, berkata ketika kejadian, beliau yang sedang menguruska­n pelanggan di kedai makannya melihat api di bawah trak polis selain turut mendengar bunyi letupan kecil.

“Kebetulan ketika itu, trak polis berkenaan berhenti di hadapan kedai dan saya terus memberitah­u polis bahawa ada api di bawah kenderaan mereka. Anggota polis terus turun dan membawa keluar semua tahanan yang ada di dalam trak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia