Utusan Borneo (Sabah)

FOMCA gesa pihak berkuasa tegas isu label pengilang, maklumat pada telur

-

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa pihak berkuasa supaya lebih tegas dalam memantau maklumat pelabelan pengilang atau pengeluar serta tarikh luput pada telur yang dijual kepada pengguna.

Timbalan Setiausaha

Agungnya Nur Asyikin Aminuddin dalam kenyataan hari ini berkata selepas notis makluman dikeluarka­n Singapura yang bertindak menarik balik telur keluaran syarikat Malaysia daripada pasaran di republik itu, FOMCA menerima kira-kira 1,000 panggilan pengguna yang menzahirka­n kebimbanga­n mereka terhadap tahap keselamata­n telur keluaran negara.

Jelasnya berdasarka­n tinjauan FOMCA di beberapa pasar raya kecil dan kedai runcit mendapati maklumat pelabelan pada papan telur tidak lengkap malah ada juga langsung tiada maklumat mengenai pengilang atau pengeluar.

“Selain itu, telur-telur yang terjual di kedai runcit kebiasaann­ya tidak mempunyai tarikh luput untuk rujukan pengguna. Perkara ini,menyukarka­npengguna untuk mengesan sama ada produk telur yang dibeli oleh mereka terlibat atau tidak dengan batch keluaran dari ladang yang terbabit.

“Melainkan jika pihak yang bertanggun­gjawab seperti pihak pasar raya AEON yang mengeluark­an notis tarik balik untuk makluman pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada 13 Mac lepas, Singapura telah mengarahka­n empat pengimport menarik balik telur yang dihasilkan Lay Hong Bhd

Layer Farm Jeram, Selangor daripada pasaran negara tersebut.

Terbaharu pada 20 Mac, Singapura sekali lagi menarik balik telur yang diimport daripada sebuah lagi ladang Malaysia dan Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumka­n telur terbabit mempunyai cetakan kod ‘CEM014’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia