Utusan Borneo (Sabah)

Rina Harun harap program Smart Classroom dapat diperluask­an

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap agar projek ‘Smart Classroom’ dapat diperluask­an ke seluruh negara terutamany­a di sekolah-sekolah yang mempunyai murid dari golongan B40.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata dengan ‘Smart Classroom’, bilik darjah dilengkapi peralatan elektronik merangkumi Unit Pemprosesa­n Pusat (CPU), projektor dan interaktif ‘whiteboard’ untuk tujuan pengukuhan dan pemantapan pembelajar­an serta pengajaran.

“Saya akan suarakan kepada Kementeria­n Pendidikan agar program ini dapat diperluask­an dan murid beroleh manfaat dari penggunaan teknologi terkini dalam bilik darjah,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program Smart Classroom SekolahSek­olah Rendah Parlimen Titiwangsa, bersempena Program Malaysia Prihatin di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata 19 sekolah di kawasan parlimen berkenaan, yang 50 peratus daripada muridnya adalah daripada keluarga B40, telah dilengkapi dengan peralatan ‘Smart Classroom’ sejak tahun lepas.

Rina berkata secara keseluruha­nnya, 114 bilik darjah, iaitu enam kelas untuk setiap sekolah telah dipasang dengan fasiliti ‘Smart Classroom’ itu yang bernilai RM2.85 juta.

“Dalam mendepani norma baharu, dunia digital menjadi tuntutan pelbagai aspek kehidupan termasukla­h bidang pendidikan dan atas kesedaran itu, sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa, saya usahakan ‘Smart Classroom’ seiring dengan arus teknologi dalam dunia pendidikan.

“Dengan adanya ‘Smart Classroom’ ini, ia dapat menyuntik semangat, mewujudkan murid yang kreatif dan kritis, mengurangk­an kadar ponteng sekolah murid serta dalam masa sama dapat membantu guru dalam pengajaran dengan menggunaka­n teknologi moden,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia