Utusan Borneo (Sabah)

Lee Zii Jia ‘wira’ badminton negara

-

KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia disambut ‘wira’ selepas menjuarai Terbuka All England dan menyemarak­kan harapan Malaysia untuk berjaya dalam Olimpik Tokyo, sungguhpun tanpa legenda bersara Lee Chong Wei.

Bintang muda Malaysia itu menundukka­n pemain kelahiran Denmark Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 Ahad dan buat kali pertama menjuarai All England, salah satu kejohanan sukan paling berprestij.

Dalam perjalanan kemenangan, pemain 22 tahun itu juga menewaskan juara dunia dua kali, Kento Momota.

“Tahniah Lee Zii Jia! Kamu ialah wira negara,” Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin ucap di Facebook.

“Gunakan kemenangan ini sebagai pemangkin untuk berusaha lebih gigih dan menjadi lebih baik pada masa hadapan.”

Akhbar The Star memberi pujian kepada kemenangan pemain ranking ke-10 itu sebagai ‘kejayaan cemerlang pada peringkat antarabang­sa’, dan mengumumka­n ‘kelahiran sebuah bintang’.

Kemenangan itu memberi harapan bahawa Malaysia telah menemui pemain yang akan meneruskan legasi kejayaan negara dalam badminton setelah persaraan Lee Chong Wei pada 2019.

Lee yang lebih tua merupakan juara tiga kali perak Olimpik dan seorang pemain terhandal dalam generasiny­a.

Norza Zakaria, presiden Persatuan Badminton Malaysia memuji kejayaan Lee

Zii Jia sebagai ‘pencapaian sebenar’.

“Ini selari dengan perancanga­n kami untuk menampilka­n pemain muka baharu selepas persaraan Lee Chong Wei... dan mengekalka­n Malaysia sebagai pengajian badminton di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Kejohanan ini berlangsun­g hanya beberapa bulan sebelum Olimpik Tokyo namun beberapa negara Asia seperti China tidak menghantar pemain untuk menyertai kejohanan All England.

Norza enggan memaksa Lee untuk ke permainan itu.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepadanya. Nasihat saya buat beliau ialah untuk bertindak realistik – ini ialah sebuah marathon, bukan pecutan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Mourinho (kiri) memberi isyarat ketika penyerang Aston Villa Ollie Watkins dan pemain pertahanan Tottenham Hotspur Davinson Sanchez bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park di Birmingham, Ahad lalu.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Mourinho (kiri) memberi isyarat ketika penyerang Aston Villa Ollie Watkins dan pemain pertahanan Tottenham Hotspur Davinson Sanchez bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park di Birmingham, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia